Isnin, 26 Mac 2012

PERTANDINGAN SELAWAT DAN GUBAHAN HANTARAN WANITA UMNO DUN RHU RENDANG 2012


Marang 24/03/2012 - Pertandingan Selawat dan Gubahan Hantaran Tahun 2012 anjuran bersama Wanita UMNO DUN Rhu Rendang dan Perpustakaan Awam Daerah Marang berlangsung mulai jam 8.30 pagi di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang.


Sejumlah tujuh pasukan selawat mengambil bahagian terdiri daripada Wanita UMNO Bandar Marang, Pulau Kerengga, Seberang Marang, Atas Bukit, Sentol Patah, Medan Jaya dan Rhu Muda. Pasukan peti undi Rhu Muda menjadi Juara, manakala Medan Jaya ditempat kedua dan Pulau Kerengga tempat ketiga.



Manakala pertandingan gubahan hantaran dibahagikan kepada tiga  kategori iaitu tuala/kain batik dan telekong, yang telah ditetapkan secara individu mengikut peti undi.





Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...