Rabu, 7 Mac 2012

Kerajaan Negeri Bina Dua Rumah, Bantu Mangsa Kebakaran di Rhu Rendang


Keluarga dua beradik mangsa kebakaran di Jalan Padang Bola, Kampung Rhu Rendang di Marang, lega apabila kesusahan keluarga mereka akibat dua rumah mereka musnah dalam kebakaran Khamis lalu mendapat perhatian pelbagai pihak.

Difahamkan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir Nik Wan Ku sudah membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan dua unit rumah baru kepada mangsa kebakaran dan permohonan itu diluluskan Kerajaan Negeri. 
Malah, Tuan Haji Nik Dir turut menyampaikan sumbangan kepada dua mangsa terbabit selepas melawat ke lokasi kejadian untuk bertemu mangsa sebelum berjanji membantu mereka melalui saluran bantuan yang disediakan bagi membantu anak jati negeri.

“Kita sudah membuat permohonan dan Kerajaan Negeri sudahpun meluluskan permohonan yang dikemukakan

“Kedua-dua unit rumah baru itu akan dibina tidak lama lagi di atas tapak rumah mereka yang musnah,” katanya.

Kediaman dua beradik, Ngah Ibrahim, 69, dan Ismail Ibrahim, 53, di Jalan Padang Bola, Kampung Rhu Rendang itu musnah dalam kejadian kebakaran kira-kira jam 3 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Dua beradik yang bekerja sebagai tukang rumah terbabit dikatakan mengalami kerugian hampir setengah juta apabila rumah Ngah dianggarkan bernilai RM300,000 manakala adiknya, Ismail pula dianggarkan bernilai RM100,000.

Sumber : teganuku.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...