Isnin, 12 Mac 2012

BANTUAN MAYANG JKKK RHU RENGGEH, RUSILA, MARANG


Rusila 10/03/2012 - Program Bantuan Mayang JKKK Taman Rasidah/Medan Rhu, Kg. Rhu Renggeh, Rusila, Marang telah diadakan pada hari ini jam 3.30 petang yang melibatkan 30 orang penerima bantuan terpilih.


Program telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku dan turut hadir Pengerusi serta Tim. Pengerusi JKKK Kg. Rhu Renggeh.



Dalam ucapan ringkas Tuan Haji Nik Dir telah mengingatkan kepada semua penerima supaya berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu yang telah mengeluarkan wang bantuan kepada mereka-mereka yang layak menerimanya, yang disalurkan kepada Pengerusi JKKK untuk diagih-agihkan.



Selain daripada itu pengagihan bantuan ini sepatutnya telah diselesaikan pada penghujung tahun 2011, memandangkan kesibukan serta kesuntukkan masa, maka program ini dilanjutkan hingga ke awal tahun 2012.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...