Marang 24/03/2012 - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 26 2012, Sekolah Kebangsaan Pulau Kerengga, Marang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, selaku Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, yang turut dihadiri wakil Pengerusi PIBG En. Wan Ismail.
Dalam ucapan ringkas Guru Besar Puan Hajjah Faridah binti Mohamad mengharapkan pencapaian pelajar-pelajar UPSR bagi tahun 2012 akan terus meningkat dan dinobatkan ke tahap Band Satu. Namun begitu masih ada lagi pelajar-pelajar di tahun 6 yang masih belum mencapai tahap 3M sebagaimana yang diharapkan, tetapi usaha-usaha untuk mengatasinya giat dijalankan oleh guru-guru yang memantau murid-murid tersebut.
Dengan sambutan yang diberikan oleh para ibu/bapa dan guru di SKPK beliau percaya apa yang dihajatkan akan tercapai untuk menjadikan SKPK sebagai sekolah yang terbaik di Negeri Terengganu.
Artikel selanjutnya sila layari laman facebook berikut: