Memaparkan catatan dengan label Bahasa Kebangsaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahasa Kebangsaan. Papar semua catatan

Rabu, 27 Jun 2018

'TAK AKAN DAMAI KERAJAAN CEMARI BAHASA KEBANGSAAN'


INGATAN UNTUK KERAJAAN BAHARU, jika awal-awal lagi identiti yang menyatukan rakyat ini hendak dicemari, maka ia satu petanda bahawa keadaan yang tidak damai dan tenteram akan melanda negara ini.” 

Itu amaran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin BERIKUTAN TINDAKAN MENTERI KEWANGAN, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan rasmi kementerian menggunakan bahasa Mandarin di samping bahasa Melayu dan Inggeris yang dikritik netizen.

“Negara ini ada identitinya. Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Tiada masalah dengan Bahasa Kebangsaan itu sejak sekian lama,” tegasnya.

Beliau mengingatkan barisan kepimpinan Kerajaan Pusat supaya menjaga identiti Bahasa Kebangsaan negara ini.

Menerusi kenyataan di laman Facebooknya pagi tadi, beliau berkata, Malaysia mempunyai bahasa Melayu yang menjadi identiti sejak dahulu lagi.

”Ia bukan punca pertelingkahan, bahkan ia antara sebab perpaduan di negara kita,” katanya.

Katanya lagi,
Indonesia menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan meskipun negara itu turut mempunyai pelbagai kaum di dalamnya.

Semua kaum di sana fasih berbahasa negara mereka,” katanya.

Khamis, 3 November 2011

Bahasa SMS bantut usaha memartabat Bahasa Kebangsaan

Image Detail

Penggunaan bahasa ringkas dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog dilihat membantutkan usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, justeru ia satu cabaran yang harus dihadapi dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...