Ahad, 29 April 2018

#PRU 14: PROF MADYA DR KAMAROLZAMAN MOHD JIDI KELUAR PPBM AIR MOLEK


MELAKA: KECEWA DENGAN SIKAP KEPIMPINAN PPBM Melaka didakwa tidak mematuhi perjanjian dan amanah, naib ketua PPBM bahagian Hang Tuah Jaya, PROF MADYA DR KAMAROLZAMAN MOHD JIDI bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek.

Beliau berkata sejak lebih setahun lepas beliau bersama jentera PPBM melaksanakan gerak kerja meyakinkan pengundi DUN Ayer Molek untuk mengundi pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), namun setelah usaha itu membuahkan hasil positif kerusi DUN itu diberikan kepada PKR.

“Dalam proses pemilihan calon PIHAK PENGURUSAN PPBM TELAH MELANGGAR JANJI. Kepimpinan negeri  tidak mematuhi perjanjian diamanahkan, patutnya PPBM memiliki DUN Ayer Molek tetapi apabila cubaannya boleh menang tinggi parti lain berebut untuk mendapatkan tempat.

“Akhirnya perundingan mengikut janjinya (DUN Ayer Molek diberikan) kepada parti PPBM telah dimanipulasi dengan PKR ambil DUN Ayer Molek,” katanya kepada pemberita.

Pada PRU14 ini Kamarolzaman bakal menghadapi saingan empat penjuru dengan Jantan Abdullah (PAS), Farhan Ibrahim (PKR), dan Rahmad Wariman (BN) di DUN Ayer Molek yang berada dalam Parlimen Hang Tuah Jaya.

Kamarolzaman berkata pada masa ini beliau masih anggota PPBM dan tidak akan mengambil keputusan untuk keluar daripada parti itu. 

Sumber: KLIK DISINI

Jumaat, 27 April 2018

#PRU14#: TUN MAHATHIR DAN ANWAR HALANG PENTADBIRAN ISLAM


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didakwa sebagai DUA INDIVIDU penting yang MENGHALANG PENTADBIRAN ISLAM dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu di bawah pentadbiran PAS meluluskan undang-undang jenayah syariah yang bersifat mendidik masyarakat, masing-masing pada awal serta penghujung 1990-an.

Beliau berkata, bagaimanapun mereka tidak dapat melaksanakannya kerana ditentang oleh Dr Mahathir dan Anwar yang ketika itu adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Tiba-tiba bila dah lulus, Dr Mahathir hantar surat kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat memberi amaran supaya jangan laksanakan... kalau laksanakan undang-undang itu, Kerajaan Pusat akan bertindak.

Khamis, 26 April 2018

#PPRU 14: PENGANALISIS POLITIK - BN BAKAL BERDEPAN RISIKO KALAH ???


Penganalisis Politik Dari Universiti Malaya Prof Madya Dr. Awang Azman:
1. BN mempunyai rekod rasional tersendiri mengekalkan calon lama dimana tujuan ialah calon tersebut diyakini mampu memberi kemenangan kepada parti.

·      Walaubagaimana pun budaya politik  sebegini jelas menunjukkan parti itu tidak konsisten dalam memilih calon yang dipertandingkan.
·      Satu pihak mencalonkan calon yang pernah kalah dan pada masa yang sama mengugurkan calon yang pernah menang serta ada yang tak pernah menang dicalonkan semula.
·      Sememangnya calon yang kalah bakal memberikan impak negatif kepada BN, menunjukkan seolah-olah BN ketandusan pemimpin pelapis dan kurang percaya pada pemimpin baru.
·      Selain daripada calon lama yang kalah, tetapi juga dari segi kelayakan akademik calon diketengahkan.
·      Sepatutnya pada abad ke 21 ini, ramai calon sekurang-kurangnya memiliki ijazah pertama, tapi sebaliknya berlaku.
Penganalisis Politik Prof Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood:
1. Setiap parti politik harus memilih calon boleh menang atau ‘winnable candidates’ dimana katerianya diserahkan kepada pucuk pimpinan parti.

·      Secara logiknya calon lama yang kalah tidak akan dicalonkan semula kerana mempunyai risiko tersendiri.

Teruskan membacanya dan nilaikan lah sendiri.

Isnin, 23 April 2018

#PRU 14: MUNGKIN BERLAKU DI MARANG ???


KUALA TERENGGANU - Protes yang dilakukan segelintir ahli Umno kerana TIDAK BERPUAS HATI TERHADAP CALON BN bagi Dun Cukai di beberapa lokasi di sekitar Bandar Cukai, membimbangkan Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said.

Menurutnya, jika ia berterusan, ia bukan sahaja akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi kerusi Dun Cukai, malah akan memberi kesan undi bagi Parlimen Kemaman.

“Hari ini, saya sudah terima gambar-gambar bahawa ada yang menolak calon Cukai itu. Saya dapat maklumat, kemungkinan ada pusat daerah mengundi (PDM) dan markas-markas akan ditutup.

“Saya sudah turun ke markas-markas sebelum ini (berkempen) tapi ini (protes) mungkin akan menjejaskan undi majoriti Parlimen Kemaman,” katanya, semalam.

Difahamkan, protes itu dibuat sejak awal pagi kerana ada yang tidak berpuas hati dengan calon pilihan.

Datuk Mohamed Awang Tera yang sebelum ini ‘direhatkan’ pada PRU13 kembali semula apabila dipilih bertanding di Dun Cukai.

Pada PRU13 yang lalu, calon BN,  Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid tewas kepada calon Pas, Hanafiah Mat dengan undi majoriti 2,446.

Ketika ditanya bagaimana ingin mengatasi masalah itu, Ahmad menjelaskan, dia tidak tahu bagaimana ingin menyelesaikannya memandangkan dia tidak terlibat dalam pemilihan calon kali ini.

“Maksudnya, orang Cukai nak siapa? Mereka perlu tahu hati nurani rakyat akar umbi nak siapa. Bagaimana orang yang kuat bekerja tetapi tiba-tiba diketepikan. Kita ambil calon lama yang telah dibersarakan.

“Jika tanya saya peluang untuk menang di Dun Cukai, ia almost impossible (hampir mustahil). Saya sudah maklumkan (kepada pimpinan) tetapi ini keputusannya dan risikonya, kita tanggunglah.

“Saya jenis cakap terus terang sebab saya sayangkan Umno Tereng-ganu, saya sayangkan BN. Saya ingin BN memerintah Terengganu, sebab itu saya dalam Umno, ini terbukti,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI


#PRU14: AZWAN ALI SAH TANDING CALON BEBAS


KUALA LUMPUR: Selebriti kontroversi, AZWAN ALI, MENGESAHKAN AKAN BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) demi menentang abangnya yang juga Timbalan Presiden PKR, DATUK SERI MOHAMED AZMIN ALI.

Azwan ketika dihubungi, mendakwa keputusan bertanding itu dibuat susulan sokongan banyak pihak, terutama peminat setianya dalam memastikan perjuangan menjatuhkan Mohamed Azmin, menjadi kenyataan.

Beliau yang dikenali sebagai Diva AA, mendakwa akan bertanding di mana sahaja, kerusi Parlimen atau DUN yang akan ditandingi Mohamed Azmin.

"Saya berjuang atas prinsip dan perjuangan untuk menjahanamkan Azmin Ali. Ini adalah satu tugasan dan amanah yang mungkin orang lain tak mampu nak buat.

"Walaupun dikecam menjatuhkan darah daging sendiri, terpulanglah, kerana saya lebih mengenali pengkhianat bangsa ini," katanya dipetik NSTP hari ini.

Azwan antara individu yang lantang mengecam Mohamed Azmin, selain pernah membuat laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan rasuah kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Disember tahun lalu.

Ahad, 22 April 2018

#PRU 14: PILIH CALON TERBAIK UNTUK WARGA DUN RHU RENDANG


MARANG - Agenda utama calon Pas bertanding pada PRU14 adalah untuk MEMBERI PERKHIDMATAN TERBAIK kepada rakyat tidak kira sama ada bertanding di kubu kuat parti itu atau sebaliknya.

Demikian tegas Pengarah Pilihan Raya Pas, PROF DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR yang dinamakan sebagai calon baharu di KERUSI RHU RENDANG bagi meneruskan legasi Pas di kubu kuat parti itu pada PRU14.

Beliau menggantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kerusi Dun Rhu Rendang yang telah disandang pemimpin utama parti itu selama 36 tahun iaitu selama lapan penggal.

“Pendapat orang ramai bahawa Dun Rhu Rendang adalah kubu kuat Pas tetapi bagi Pas kita melihat seluruh kerusi yang ada di dalam Terengganu dan tempat tempat lain adalah kerusi yang memerlukan setiap calon yang terlibat dalam pilihan raya ini untuk turun dan bertemu dengan rakyat seramai mungkin,” katanya.

Beliau ditemui selepas pengumuman Majlis Pengisytiharan Calon Pas Terengganu PRU14 oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang di Dewan Tok Guru, Rusila, malam kelmarin.

Sabtu, 21 April 2018

#PRU14: RUMAH MAMPU MILIK UNTUK WARGA NELAYAN DAERAH MARANG !!


KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri menjelaskan PAS mempunyai solusi terbaik terhadap masalah perumahan yang dimasukkan dalam Manifesto Malaysia Sejahtera.
Katanya, dalam Islam disebutkan bahawa rumah sebagai salah satu sumber kebahagiaan manusia.
Menurutnya lagi, fakta daripada Bank Negara yang menyebutkan bahawa rumah di Malaysia TIDAK MAMPU DIMILIKI OLEH RAKYAT SENDIRI dengan purata jualan rumah pada tahap RM313,000 sedangkan rumah mampu milik hanya sekitar RM282,000 sahaja.
Katanya, rumah mampu milik itu pun hanya mampu dimiliki oleh isi rumah yang pendapatannya sekitar RM7,000 hingga RM8,000.
Beliau menyebutkan bahawa antara solusi daripada Bank Negara Malaysia adalah dengan pemberian tanah awam.
TAWARAN PAS KEPADA RAKYAT
“Kita di peringkat PAS, di Negeri Terengganu kita tawarkan manifesto 20 yang awal juga ialah hak rakyat untuk mendapat lot kediaman secara percuma.
“Bila kita bagi lot kediaman tadi memberi peluang untuk dia mendapat kediaman dengan harga yang rendah kerana kita dah selesaikan harga tanah tadi,” ujarnya dalam siaran langsung di facebook hari ini.
Tambahnya lagi, MANIFESTO TERENGGANU ini juga selari dengan Manifesto PAS Pusat yang meletakkan sekiranya PAS memerintah maka Kerajaan Pusat akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membuka tanah rancangan baru.
Mengulas lanjut beliau berkata, tanah rancangan baharu ini ADALAH PENEMPATAN-PENEMPATAN BAHARU YANG BERSIFAT KAMPUNG yang bukan sahaja akan memberi rumah kepada rakyat malah menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat.
“Untuk Negeri Terengganu sebagai contoh, kita tawarkan mereka berhak untuk mendapat pinjaman bagi membina rumah dengan kadar sekitar RM65,000. Ini untuk B40, mereka yang pendapatan RM5,000 ke bawah secara ‘Qardhul Hasan’, pinjaman tanpa sebarang faedah,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 20/4/2018


Jumaat, 20 April 2018

TOH PUAN ZAITUN MAT AMIN CALON WANITA UMNO BAHAGIAN MARANG


KUALA NERUS  - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman mengesahkan beliau akan bertanding pada  Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bersama-sama empat calon lain termasuk pakar motivasi Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Beliau bagaimapun enggan menyatakan kawasan  Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi sehingga pengumuman rasmi.

"Sebagai Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, saya umumkan calon-calon untuk Kuala Nerus, tetapi tempat saya tak akan umum lagi. Yang sah (akan bertanding) Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad, saya sendiri, Datuk Basir Ismail, Tuan Arif Sahibul Fadilah Tuan Ahmad dan Che Mansor Salleh. Ini lima orang yang sah bertanding kerusi DUN dan Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal bersama Serikandi Terengganu 2018 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini hari ini.

Ahmad Razif turut menunaikan janji Barisan Nasional (BN) negeri apabila turut mengemukakan CALON WANITA yang akan bertanding pada PRU kali ini iaitu Ketua Wanita UMNO bahagian Marang, Toh Puan Zaitun Mat Amin. - Bernama


Rabu, 18 April 2018

#PRU14: HADI TIDAK TANDING DUN RHU RENDANG


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang TIDAK AKAN MEMPERTAHANKAN KERUSI DUN RHU RENDANG pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sebaliknya hanya akan bertanding di kerusi Parlimen.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan yang memberitahu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan beliau sendiri juga hanya akan bertanding di kerusi Parlimen.

"Nama-nama calon sudah dimuktamadkan dan PAS akan bertanding tidak kurang 160 KERUSI PARLIMEN pada PRU-14 dan kita sedang memuktamadkan beberapa kerusi membabitkan pihak dalam gabungan Gagasan Sejahtera.

"Tidak lebih 10 calon akan bertanding di kerusi Parlimen dan DUN. Untuk makluman presiden dan timbalan, termasuk saya akan bertanding di parlimen sahaja. Calon muda saya boleh sahkan untuk dewan pemuda, ketua, timbalan dan naib ketua pemuda pusat bertanding sebagai calon PRU," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa PAS akan mengumumkan calon-calon yang akan bertanding pada PRU14 di setiap negeri malam esok kecuali Kelantan, yang diadakan di Markas PAS Taman Melewar, Gombak.

Selasa, 17 April 2018

PECAT 250 MAJISTRET TANPA IJAZAH UNDANG-UNDANG


KINSHASA: Republik Demokratik Congo semalam MEMECAT LEBIH 250 MAJISTRET yang tidak mempunyai ijazah undang-undang.

"Lebih 200 individu yang tidak memenuhi syarat untuk berkhidmat sebagai majistret disenarai hitam oleh Presiden Joseph Kagila," kata Menteri Kehakiman, Alexis Thambwe Mwamba.

Sejumlah 256 individu sama ada digantung atau dipecat, sementara dua orang lagi diarahkan supaya bersara.

Difahamkan, negara itu mempunyai kira-kira 4,000 majistret.

Mwamba berkata ramai menyertai badan kehakiman tanpa ijazah undang-undang atau menerima rasuah untuk memberikan keputusan dikehendaki sesuatu pihak.

Beliau menambah, kerajaan akan memperkenalkan undang-undang baharu bagi meningkatkan tahap profesionalisme kepada mereka yang bercita-cita menjadi majistret.

Pada 2009, Kabila memecat 96 hakim yang didakwa menerima rasuah termasuk dalam kerajaan.

Sumber: KLIK DISINI


Khamis, 12 April 2018

PAS MANSUH LAFAZ BAI'AH TALAK TIGA UNTUK CALON PRU14


KUALA LUMPUR: PAS telah menetapkan untuk TIDAK MELAKSANAKAN LAFAZ BAI'AH TALAK TIGA bagi calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di seluruh negara termasuk di Kelantan, namun mengekalkan LAFAZ BAI'AH TAAT SETIA KEPADA PARTI.

Perkara itu disahkan sendiri Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas selesai mesyuarat PAS Pusat, di ibu pejabatnya, semalam.

Terdahulu, media melaporkan Abdul Hadi berkata sumpah bai'ah cerai talak tiga bagi calonnya di Kelantan akan diteruskan lagi bagi memastikan tiada peristiwa wakil rakyatnya lompat parti.

"Baiah semua, seluruh negara sama. Majlis Syura Ulama PAS sudah buat keputusan satu baiah.

"(Talak tiga) Tidak ada, itu tambahan negeri masing-masing (sebelum ini), (sekarang) tidak ada.

Selasa, 10 April 2018

APMM TERENGGANU PERLU PERGIAT KESAN BOT PUKAT TUNDA


PEKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) MERAMPAS KIRA-KIRA 500 KILOGRAM SOTONG BEKU serta sebuah bot kargo asing bernilai lebih RM1 juta selepas menahan mereka di KAWASAN 29 BATU NAUTIKA dari Kuala Pahang di sini, semalam.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, seramai 11 awak-awak dan seorang tekong warga Vietnam berusia 19 hingga 52 tahun turut ditahan selepas anggota APMM berjaya memintas bot ketika mereka mahu meloloskan diri pada
JAM 9.30 MALAM.

"Hasil pemeriksaan ke atas bot kargo berkenaan, kita menemui kira-kira 500 kilogram sotong yang sudah disejuk beku," katanya dalam sidang media di Kuala Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata, sotong berkenaan DIPERCAYAI DIBELI DARIPADA BOT-BOT TEMPATAN yang menggunakan kru nelayan warga asing dan URUS NIAGA DILAKSANAKAN DI TENGAH LAUT.

"Bot kargo yang didaftarkan di Mongolia itu juga gagal memaklumkan ketibaan, tidak mempunyai permit kargo dan disyaki melakukan aktiviti menyimpan serta memproses sotong.

Isnin, 2 April 2018

#PRU14: PARLIMEN MARANG AKAN MENJADI MILIK UMNO-BARISAN NASIONAL (BN) BETUL KE ????


Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku yakin PARLIMEN MARANG AKAN MENJADI MILIK UMNO-BARISAN NASIONAL (BN) PADA PILIHAN RAYA KE-14 (PRU14)???

Justeru Nik Dir menyifatkan kawasan Marang yang kini disandang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bukan lagi kubu kuat PAS dan percaya pengaruh parti itu akan berakhir pada PRU14 ini. 

Nir Dir menyatakan akan berlakunya persaingan sengit di kawasan tersebut namun beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan menang.

"Persaingan pastinya sengit namun saya yakin BN akan menang kali ini. Keyakinan ini berdasarkan tahap perpaduan dalam parti bersama semangat, komitmen ditunjukkan semua jentera parti.

"Ini termasuklah sayap wanita dan puteri serta veteran Umno yang konsisten berada pada tahap tinggi,” katanya dilapor Sinar Harian.

Tambahan Datuk Nik juga yakin Umno mampu manawan kerusi DUN Rhu Redang yang turut disandang oleh Hadi.

"BERDASARKAN REAKSI RAKYAT, SAYA PERCAYA Rhu Rendang akan menjadi milik BN dengan bantuan hampir 10,000 ahli Umno, pengundi atas pagar dan pengundi PAS yang tidak berpuas hati dengan parti mereka," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...