Selasa, 10 April 2018

APMM TERENGGANU PERLU PERGIAT KESAN BOT PUKAT TUNDA


PEKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) MERAMPAS KIRA-KIRA 500 KILOGRAM SOTONG BEKU serta sebuah bot kargo asing bernilai lebih RM1 juta selepas menahan mereka di KAWASAN 29 BATU NAUTIKA dari Kuala Pahang di sini, semalam.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, seramai 11 awak-awak dan seorang tekong warga Vietnam berusia 19 hingga 52 tahun turut ditahan selepas anggota APMM berjaya memintas bot ketika mereka mahu meloloskan diri pada
JAM 9.30 MALAM.

"Hasil pemeriksaan ke atas bot kargo berkenaan, kita menemui kira-kira 500 kilogram sotong yang sudah disejuk beku," katanya dalam sidang media di Kuala Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata, sotong berkenaan DIPERCAYAI DIBELI DARIPADA BOT-BOT TEMPATAN yang menggunakan kru nelayan warga asing dan URUS NIAGA DILAKSANAKAN DI TENGAH LAUT.

"Bot kargo yang didaftarkan di Mongolia itu juga gagal memaklumkan ketibaan, tidak mempunyai permit kargo dan disyaki melakukan aktiviti menyimpan serta memproses sotong.

"Kita percaya sotong yang dibeli daripada bot tempatan itu diproses terus di dalam bot sebelum dibekukan dan akan dibawa pulang ke negara mereka bagi dijual kepada peraih dengan harga yang lebih mahal," katanya.

Beliau berkata, bot berkenaan dipercayai masih baru berada di laut berikutan jumlah sotong yang masih sedikit kerana ia mampu membawa lebih dua tan sotong pada satu-satu masa.

"Bot ini akan berada di laut lebih dua minggu untuk membeli sotong daripada bot tempatan. Mereka ini akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk membeli sotong," katanya.

"Bot dan hasil laut itu dianggarkan bernilai lebih RM1 juta. Bot kargo dan kru kita tahan untuk siasatan lanjut  mengikut Akta Perikanan 1985 dan AKta Perkapalan Saudagar 1952," katanya.

Beliau dalam pada itu menyeru komuniti maritim yang mempunyai maklumat atau ternampak pencerobohan nelayan asing supaya menyalurkan maklumat dengan segera melalui talian 09-5717345.


Sumber: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...