Kerajaan
Terengganu memberi amaran kepada Skuad Penyu dan The Titans agar kedua-dua pasukan bola sepak
negeri itu membaiki mutu permainan pada saingan
musim ini.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif
Abd Rahman berkata, sekiranya kedua-dua pasukan gagal menyerlah pada perlawanan
akan datang, mereka bakal dikenakan tindakan sewajarnya oleh kerajaan negeri.
“Kita akan tengok kepada perlawanan
akan datang, kalau tidak menunjukkan pencapaian yang baik, kita akan kurangkan
peruntukan yang kita janjikan kepada kedua pasukan.
