MARANG - Ibu bersama lima anaknya ditahan selepas dipercayai memiliki
pelbagai jenis mercun dan bunga api dalam satu serbuan di
Bukit Gasing, di sini, awal pagi tadi.
Dalam
serbuan di rumah tidak bernombor kira-kira jam 3.00 pagi itu, polis menemui barangan terlarang
itu di bahagian dapur kediaman berkenaan.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan
Hamzah berkata, ketika serbuan dilakukan pihaknya mendapati rumah berkenaan
dihuni enam sekeluarga termasuk ibu berusia 62 tahun.
Menurutnya,
hasil pemeriksaan lanjut polis menemui pelbagai jenis mercun yang cuba disorok
di bahagian dapur rumah berkenaan.
"Pelbagai
jenis mercun dirampas dalam serbuan itu antaranya jenis Happy Boom 108
Shot, Candela China, Artillery Shells, Assorted Caked 138 dan Firework Scenery
138 Shot.
"Rampasan
dianggarkan berjumlah RM10,000 mengikut harga
pasaran semasa.
