Memaparkan catatan dengan label Fenomena Ombak Besar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fenomena Ombak Besar. Papar semua catatan

Rabu, 10 Februari 2016

Pemilik rumah terjejas dapat penempatan baharu

DUNGUN - Kerajaan negeri Terengganu akan menyediakan tapak penempatan baharu kepada pemilik rumah yang terjejas akibat fenomena ombak besar dan angin kencang di Kampung Pantai Laut Paka.
   
Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun Datuk Din Adam berkata tapak penempatan baharu seluas 10 ekar itu terletak di Kampung Telaga Mas dekat Paka di sini, yang lebih selamat dari ancaman hakisan itu.

"Kerajaan negeri sedang meneliti senarai mereka yang layak untuk mendapat rumah baharu di tapak penempatan itu dengan keutamaan diberi kepada rumah di pesisir pantai yang terjejas hakisan serta rakyat miskin di sekitar Paka.

Selasa, 9 Februari 2016

Ombak Besar: Tiga Pusat Pemindahan Dibuka Di Kemaman

KUALA TERENGGANU, 8 Feb (Bernama) -- Tiga pusat pemindahan kini dibuka di Kemaman berikutan kejadian fenomena ombak besar dan angin kencang di daerah itu Ahad malam tadi hingga merosakkan rumah penduduk terbabit.

Menurut jurucakap Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kemaman, Muhd Azeri Shakri, seramai 70 mangsa terdiri daripada 13 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan terbabit berikutan kawasan kediaman mereka turut terhakis dan berbahaya untuk diduduki.

"Mangsa-mangsa kini ditempatkan di pusat pemindahan Balairaya Lama Pekan Kemasik (38 daripada tujuh keluarga), Surau Haji Ali (sembilan daripada dua keluarga) dan pusat pemindahan Dewan Geliga Baru (23 orang daripada empat keluarga)," katanya di sini, Isnin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...