Banglo Guan Eng: Siasat Kemungkinan Elak Cukai
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pihak berkuasa
percukaian diminta menyiasat kemungkinan adanya percubaan mengelakkan cukai
oleh penjual banglo RM2.8 juta yang dibeli oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guang Eng dikatakan di bawah harga pasaran.
Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Datuk Seri S. Vell Paari berkata, jika terdapat kes, maka kedua-dua mereka harus didakwa kerana menipu kerajaan.
"Pihak berkuasa percukaian harus segera menyiasat perkara ini tanpa takut atau tanpa memihak," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.