ADUN PKR
Tanya Kerajaan DAP: Kenapa LRT Pulau Pinang Lagi Mahal Daripada MRT?
ADUN Penanti (PKR) Norlela Ariffin mempertikaikan
Projek LRT di Pulau Pinang sepanjang 30km di Pulau Pinang bernilai RM24
bilion adalah lebih mahal daripada laluan 51km MRT
Sungai Buloh – Kajang (SBK).
Ujarnya,
laluan MRT SBK lebih panjang dan mempunyai lebih banyak stesen disiapkan dengan
harga
RM21 bilion – lebih
rendah daripada projek LRT yang dicadangkan akan dibina oleh kerajaan DAP Pulau
Pinang, teraju Ketua Menteri Lim Guan Eng.
“Nak
tanya (syarikat) SRS (Konsortium) di mesyuarat Majlis Penangkutan Awam P.P
(Pulau Pinang) pada 20hb Julai kenapa tak buat MRT sebab lebih murah kos/km
dari kos LRT Komtar – Bayan Lepas yang (bernilai) RM24 bilion dan kena tambak
laut 4,500 ekar,” soalnya dipetik kenyataan diFacebook, semalam.
