Memaparkan catatan dengan label #Jenayah Kekerasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label #Jenayah Kekerasan. Papar semua catatan

Isnin, 13 Jun 2016

Video: Pelajar kolej patah gigi diragut dua kali


SHAH ALAM: Seorang mahasiswa undang-undang sebuah kolej swasta di Brickfields diragut sebanyak dua kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan patah gigi.

Satu klip video yang tersebar dalam laman sosial menunjukkan pelajar wanita itu, Angelin Chew Hsia, 20 sedang menunggu teksi di hadapan pos pengawal sebuah gereja.

Video yang diambil daripada kamera litar tertutup (CCTV) itu memaparkan dua buah motosikal dinaiki tiga orang lelaki memasuki halaman gereja dan berpatah balik keluar.

Jumaat, 19 Februari 2016

Pelajar Kolej Wanita Dirogol 4 Rekan Lelaki Dan Rakam Video


Pelajar Kolej Wanita Dirogol 4 Rekan Lelaki Dan Rakam Video| Sesi Pertemuan antara lima rekan bertukar menjadi tragedi malang bagi seorang gadis berusia 18 tahu apabila dia dipaksa meminum  minuman yang memabukkan sebelum dirogol oleh ke empat rekan lelakinya awal pagi 18.01.2016.
Dalam kejadian lebih kurang jam 00.30 pagi mangsa dibawa oleh kawan perempuannya ke MJC Batu Kawa untuk berjumpa dengan empat rakan lelaki.

Ahad, 28 Disember 2014

INILAH YANG BERMASALAH ORANG SIBUK DENGAN BANJIR, ADA YANG MENYAMUN PULAK ?


Wanita cedera ditembak penyamun

BACHOK - Sebuah keluarga berdepan detik hitam kali kedua apabila seorang wanita cedera ditembak pada paha kirinya ketika diserang penyamun dalam kejadian kira - kira jam 1.55 petang di Kampung Paya Teratai, kelmarin.

Suami mangsa, Zakaria Ibrahim,44, berkata,  tahun lalu mereka nyaris kehilangan anak bongsu, Mohd Akif Amsyar,2, yang cuba diculik tetapi disedari isterinya,  Norizan dan  diselamatkan  penduduk kampung.

Malangnya itu bertimpa apabila kelmarin, isterinya ditembak pada bahagian paha dalam kejadian samun kira-kira jam 1.55 petang.

Ahad, 17 Ogos 2014

Warga emas berdepan detik mencemaskan apabila nyaris maut terkena tembakan


Marang: Seorang penternak lembu warga emas berdepan detik mencemaskan apabila nyaris maut terkena tembakan oleh lelaki tidak dikenali dipercayai menggunakan senapang patah di rumahnya di Batu Penunggul di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa Salleh Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Ki Salleh yang berusia dalam lingkungan 70-an, bagaimanapun terselamat daripada terkena sedas tembakan yang menembusi pintu rumahnya.
Ketika itu Tok Ki sedang membuang air besar sebelum terdengar mereka memanggil dengan nama 'ayah' dalam nada kasar dan Tok ki kemudiannya bangun tanpa keluar dari bilik air untuk membuka pintu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...