Ahad, 17 Ogos 2014

Warga emas berdepan detik mencemaskan apabila nyaris maut terkena tembakan


Marang: Seorang penternak lembu warga emas berdepan detik mencemaskan apabila nyaris maut terkena tembakan oleh lelaki tidak dikenali dipercayai menggunakan senapang patah di rumahnya di Batu Penunggul di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, mangsa Salleh Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Ki Salleh yang berusia dalam lingkungan 70-an, bagaimanapun terselamat daripada terkena sedas tembakan yang menembusi pintu rumahnya.
Ketika itu Tok Ki sedang membuang air besar sebelum terdengar mereka memanggil dengan nama 'ayah' dalam nada kasar dan Tok ki kemudiannya bangun tanpa keluar dari bilik air untuk membuka pintu.

"Apabila pintu dibuka, tiba-tiba terdengar bunyi letupan kuat,” katanya ketika ditemui, petang tadi.
Salleh berkata, panik dengan situasi itu, dia yang dalam keadaan tanpa seurat benang terus mendiamkan diri dalam bilik air sehinggalah terdengar deruman enjin motosikal berlalu dari kawasan rumahnya.
Mereka (suspek) tak masuk ke dalam rumah dan Tok Ki juga sempat mengintai melalui celah lubang dari dalam bilik air untuk meninjau keadaan luar rumah selepas mendengar bunyi motosikal berlalu.
Selepas yakin benar-benar selamat, Tok Ki keluar dan menghubungi ahli keluarga terdekat, rakan dan pihak polis untuk memaklumkan kejadian menakutkan itu,” katanya.
Salleh berkata, dia juga membuat pemeriksaan dan mendapati terdapat kesan tembakan menembusi bahagian pintu rumah yang turut mengakibatkan tingkap di bahagian tempat tidurnya pecah termasuk kesan lubang pada bahagian dinding.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi di sini semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...