Jumaat, 8 Ogos 2014

TITLE MJ AKAN DIUMUMKAN PADA 3 SEPT - SIAPA CEPAT DIA DAPAT !!!

Kes Cerai Nurul Izzah Ditetapkan 3 September

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 3 September depan untuk pendengaran kes penceraian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim jika ada penyelesaian.

Hakim Syarie Ab Malek Awang membuat keputusan tersebut sebentar tadi.

Kedua-dua defendan dan plaintif tidak hadir pada prosiding yang diadakan hari ini.

Peguambela yang mewakili Raja Ahmad Shahrir, Zulkifli Yong berkata, sekiranya tiada penyelesaian dapat dicapai berhubung kes tersebut, pihak mahkamah akan melantik hakam dalam isu berkenaan.

Prosiding hari ini, Nurul Izzah diwakili Normawadah Ramli. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...