Hanya tinggal DUA hari
saja lagi untuk kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 57 tahun bagi Negara tercinta
MALAYSIA.
Berbagai-bagai acara telah dirancang untuk dipersembahkan pada hari
kemerdekaan, terutama menjelangnya detik 12 tengah malam 30 Ogos, 2014.
Bagi menceriakan sambutan
kemerdekaan yang ke 57 bagi Negeri Terengganu arahan memasang bendera Malaysia dibangunan kerajaan terutamanya telah dibuat seawal 15 Ogos 2014 lagi, namun apa yang kita dapat lihat
disekitar Bandaraya Kuala Terengganu adalah begitu muram dan tidak bermaya.
Tiada menunjukkan sebarang perayaan yang akan disambut menjelang 31 Ogos 2014
Rakyat tentunya
tertanya-tanya, kenapa bangunan-bangunan kerajaan tidak dipasang dengan bendera
Gergasi Malaysia sebagaimana yang dibuat pada tahun-tahun sebelumnya ?
Bendera-bendera yang
dipasang sekadar bak kata pepatah ‘BAGI MELEPASKAN BATUK DITANGGA SAJA”.
Namun begitu keceriaan
serta pujian patut diberi kepada TELEKOM MALAYSIA dan HOTEL SERI MALAYSIA Kuala Terengganu kerana telah Berjaya memaparkan bendera-bendera Malaysia yang memenuhi bangunan
dari bawah hinggalah ke bumbung bangunan.
Nak becerita panjang pun
malas la dan KLIK DISINI DAN LIHAT SENDIRI