Selasa, 19 Ogos 2014

"CAH KETING" DI MARANG SEMAKIN MENEBAL ATAU ???


RANTAU PANJANG – Sejarah menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya memerintah Kelantan dan tidak mustahil ia akan berulang sekiranya pelbagai usaha dilakukan sejak awal.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Ir Idris Haron berkata, pemimpin Umno Rantau Panjang tidak terkecuali apabila pernah menjadi suara rakyat dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Menurutnya, jika rakyat Rantau Panjang masih belum memilih pemimpin Umno, maka perubahan perlu dilakukan dari pelbagai aspek.

“Jangan amal sikap ‘cah keting’  dalam kalangan sesama Umno kerana itu akan memberi laluan mudah kepada musuh.

“Bersatu-padulah kita membentuk satu barisan yang kuat seperti mana amanat yang diberikan pemimpin terdahulu,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lubok Jong, semalam.

Mesyuarat yang sarat dengan mesej perpaduan turut diselitkan dengan seloka dan berbalas pantun, menggamat suasana yang hadir.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia turut menasihati golongan muda agar mempersiapkan diri berdepan dengan cabaran politik.

Ini katanya, golongan itu perlu bersedia menghadapi dunia politik.

Menurutnya, perubahan perlu datang daripada orang muda itu sendiri agar ia menjadi kekuatan bagi menepis pihak pembangkang.

“Saya sendiri lahir dari Pemuda Umno malah kebanyakan pemimpin ketika ini juga, lahir daripada kepimpinan yang sama.

“Namun kita khuatir, sekiranya mereka diberi peluang tetapi mensia-siakannya kerana tiada sebarang persediaan.

“Seterusnya boleh melemahkan kepimpinan sedia ada.

“Jika mereka tidak boleh merubah nasib mereka, bolehkah mereka mencari sokongan dari golongan yang lebih besar kelak,” kata Idris lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...