Memaparkan catatan dengan label Parti Keadilan Rakyat (PKR). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parti Keadilan Rakyat (PKR). Papar semua catatan

Isnin, 4 Jun 2018

PKR KELUAR DARIPADA PAKATAN HARAPAN ????


KUALA LUMPUR, 3 Jun ― PERTEMUAN SEMUA WAKIL RAKYAT PKR BERSAMA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM dipindahkan ke lokasi baru setelah mendapat kritikan meluas.
Ia asalnya dirancang di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, yang juga presiden parti itu, pada petang Rabu ini tetapi ditukar ke sebuah hotel.
Surat jemputan dua halaman bertarikh 31 Mei yang dikeluarkan pengarah pilihan raya PKR Nurul Izzah Anwar menular di media sosial baru-baru ini.
Susulan itu, ramai pengguna internet termasuk penyokong Pakatan Harapan (PH) mempertikai tindakan parti itu yang menggunakan kemudahan kerajaan.
Tambahnya, susulan hal berbangkit itu, jawatankuasa pilihan raya PKR menetapkan pertemuan itu diadakan di One World Hotel, Petaling Jaya. 
Perjumpaan itu dirancang turut disertai bekas wakil rakyat dan semua penggerak utama jentera pilihan raya PKR dari seluruh negara.
PROGRAM MENGEJUT itu juga menjadi tumpuan banyak pihak, termasuk PH, dan MEMBUKA SPEKULASI TUJUAN SEBENAR PERTEMUAN ANWAR itu.
Ia diadakan setelah tokoh utama PKR itu bertemu beberapa sultan dan pemangku sultan selepas dibebaskan dari penjara pada 17 Mei lalu. 
Sumber: KLIK DISINI

Jumaat, 21 Oktober 2016

RUU355: Usul PAS Membimbangkan PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang diusulkan PAS di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah sebagai membimbangkan.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan rasmi PKR mengenai usul tersebut menegaskan, perkara paling membimbangkan dalam usul yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berhubung skop hukuman ke atas pesalah syariah.
Beliau tidak menyatakan secara terbuka penentangan PKR ke atas RUU355, namun menegaskan sebarang pindaan untuk meminda undang-undang berkaitan kesalahan jenayah di negara ini wajib dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
Isteri banduan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun secara terus terang menyatakan PKR mempunyai beberapa kemuskilan dan keraguan berkaitan RUU355 seperti yang dibentangkan oleh Abdul Hadi sebagai Ahli Parlimen Marang baru-baru ini.
“Oleh kerana RUU 355 ini melibatkan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah berhubung dengan melanggar lunas-lunas Islam, maka skop hukuman yang dicadangkan bagi undang-undang ini perlu cukup jelas.
“Apa-apa pindaan undang-undang yang memberi kuasa untuk menghukum wajib terang dalam maksudnya. Apa-apa perubahan juga perlu jelas supaya undang-undang baru ini adalah selaras dengan apa yang difahamkan sebagai lunas-lunas Islam sendiri. Perbincangan perlu juga atas aspek sama ada pindaan ini adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...