‘Kita lawan Umno tiap-tiap
hari itu buktinya’
SHAH ALAM -
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tuduhan yang
mengatakan bahawa Pas akan menjalinkan kerjasama politik bersama Umno adalah
tuduhan yang tidak berasas dan sama sekali tidak
berpijak di bumi yang nyata.
Katanya bukti jelas menangkis dakwaan
itu adalah, sehingga kini tuduhan-tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dan Pas masih 'berperang' dengan Umno sehingga
kini.
"Saya fikir mereka yang buat
tuduhan-tuduhan itu yang mengaitkan Pas akan bersama Umno ini sampai sekarang
tiada bukti, ia tidak berlaku sebagaimana yang diwar-warkan penuduh.
