PAS
mengambil pendekatan berbeza berbanding sebilangan besar ahli Parlimen pembangkang
yang meninggalkan Dewan Rakyat ketika Datuk Seri Najib membentangkan Bajet
2017.
Ahli
Parlimen parti itu mengikuti pembentangan Bajet 2017 oleh Najib sehingga
selesai meskipun ahli Parlimen pembangkang menunjukkan protes kira-kira 30
minit sebelum pembentangan berakhir.
Ahli
Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz berkata,
PAS berpendirian bahawa sebarang
bantahan atau sokongan terhadap pembentangan tersebut perlu dibuat semasa sesi
perbahasan pada minggu hadapan.
"Kita (PAS) tak bangun
dah. Kita akan terus mendengar sebab sikap kita, PAS
kita akan nyatakan sokongan dan juga yang kita tidak puas hati di perbahasan
nanti.
