Task Force Felda Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) dan Pertubuhan Peneroka Rakyat Malaysia (PPRM) hari ini
mendesak supaya Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Isa samad dipecat bagi menyelesaikan kemelut syarikat
yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.
Satu memorandum desakan itu diserahkan
kepada Isa melalui Pengurus Besar Perhubungan Awam FGV Ariff Ahmad Yeop di
Menara Felda di Kuala Lumpur tengah hari tadi.
Pengerusi Task Force Felda Bersatu Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil berkata FGV mengalami kerugian kira-kira RM13.4 bilion sejak 2012 dan itu sudah cukup untuk memaksa Isa mengundur
diri kerana gagal menguruskan FGV dan Felda dengan baik.
“Jika Isa masih enggan meletakkan
jawatan, kami akan mendesak Perdana Menteri Najib Razak supaya memecatnya
secara serta-merta,” katanya kepada The
Malaysian Insight.
