Memaparkan catatan dengan label Sepetang Bersama Pemimpin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sepetang Bersama Pemimpin. Papar semua catatan

Ahad, 10 Mac 2013

Sepetang Pemimpin bersama Pemuda UMNO Peti Undi Atas Bukit


Rhu Rendang 09/03/2013 - Program Sepetang Pemimpin bersama Pemuda UMNO Peti Undi Atas Bukit telah diadakan di Kedai Makan Maharin, Taman Perumahan RAKR, Desa Permai, Kg. Darat Pak Chan, Marang.

Turut hadir Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN, Encik Saiful Bahari Dato' Baharuddin Ketua Pemuda UMNO Negeri dan Penyelaras Ketua Pemuda DUN Rhu Rendang Encik Zaidi Awang.

Sabtu, 2 Februari 2013

SEPETANG BERSAMA PEMIMPIN PETI UNDI SENTOL PATAH


Rhu Rendang 01/02/2013 - 'Janji Ditepati' - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku tidak berasa puas jika tidak turun ke padang untuk melihat sendiri serta bersama-sama masyarakat kampung untuk menikmati minum petang sambil bersantai menyelami masalah rakyat.

Program dianjur oleh Penyelaras Pemuda UMNO DUN Rhu Rendang, En. Zaidi Awang telah mengadakan Majlis Sepetang Pemuda Bersama Pemimpin bagi Peti Undi Sentol Patah di perkarangan Balai Raya, yang dihadiri lebih kurang 50 orang. Turut hadir Pengerusi JKKK dan Ketua Pemuda Cawangan.

Isnin, 14 Januari 2013

Sepetang Bersama Pemimpin - Peti Undi Bandar Marang


Rhu Rendang 12/01/2013 - Penyelaras Pemuda UMNO DUN Rhu Rendang bersama Ketua Cawangan Pemuda Peti Undi Bandar Marang telah mengadakan Program Sepetang Bersama Pemimpin bermula jam 5.30 petang di Kedai Roti Canai Pak Wei, Kg. sungai Kerak, Marang.

Menurut En. Zaidi Awang, program seumpama ini akan diteruskan dibeberapa lagi peti undi yang masih belum dilaksanakan sehinggalah ke tarikh pilihanraya yang akan datang.

Sabtu, 12 Januari 2013

Sepetang Bersama Pemimpin - Pemuda UMNO Peti Undi Rhu Muda


Rhu Rendang 11/01/2013 - Program Sepetang bersama Pemimpin bagi Pemuda UMNO Peti Undi Rhu Muda telah diadakah di Kedai Gulai Kawah Mie, Kelulut, Marang bermula jam 5.30 petang.

Program dianjur oleh Penyelaras Pemuda UMNO Dun Rhu Rendang En Zaidi Awang dengan kerjasama Pengerusi JKKK peti undi tersebut.

Isnin, 7 Januari 2013

Pemimpin mendekati pemuda harapan bangsa



Rhu Rendang 05/01/2013 - Orang dewasa dan orang tua janganlah melupai sejarah mereka sendiri sewaktu berusia muda. Tidaklah rugi untuk menyantuni orang muda dengan penuh hikmah. Lagi pun,  khidmat dan layanan orang muda juga yang didambakan apabila kaum dewasa makin dimamah usia, serta tidak lagi berdaya!

Pancaroba yang menanti generasi muda bukan sedikit. Pengaruh hedonisme dan aliran pemikiran ekstrem perlu diawasi. Begitu pun, generasi dewasa tidak seyogia terlalu keras dalam urusan yang melibatkan anak-anak muda ini jika tidak mahu mereka menjauhkan diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...