Isnin, 14 Januari 2013

Sepetang Bersama Pemimpin - Peti Undi Bandar Marang


Rhu Rendang 12/01/2013 - Penyelaras Pemuda UMNO DUN Rhu Rendang bersama Ketua Cawangan Pemuda Peti Undi Bandar Marang telah mengadakan Program Sepetang Bersama Pemimpin bermula jam 5.30 petang di Kedai Roti Canai Pak Wei, Kg. sungai Kerak, Marang.

Menurut En. Zaidi Awang, program seumpama ini akan diteruskan dibeberapa lagi peti undi yang masih belum dilaksanakan sehinggalah ke tarikh pilihanraya yang akan datang.

Ini bertujuan merapatkan lagi tali silaturrahim diantara pemimpin yang disayangi dengan pemuda-pemuda di kawasan peti undi DUN Rhu Rendang.

 

Turut hadir Pengerusi JKKK Kg. Alor Pak Bang, Kg. Sungai Kerak 1, Kg. Sungai Kerak 2, Bandar Marang dan Perumahan Awam Sungai Kerak.

 

Seramai lebih kurang 100 orang hadir dalam program yang diatur. Paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...