Sabtu, 5 Januari 2013

Pemimpin Prihatin dan Janji Ditepati


Rhu Rendang 04/01/2013 - Tugas dan tanggungjawab tetap tidak dilupakan khasnya kepada masyarakat dikawasan DUN Rhu Rendang, dimana pada hari ini jam 4.45 petang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku bersama-sama rombongannya terdiri daripada Ketua Wanita/Puteri UMNO serta Pengerusi JKKK Taman Rashidah telah mengadakan lawatan ke atas pesakit Iman Saujana bin Mohd Nawi, 36 tahun dirumah kediamannya di Taman Rhu Renggeh, Marang, Terengganu.

Menurut ibunya Iman Saujana telah terlibat didalam kemalangan jalanraya pada 07/10/2011 berhampiran dengan Masjid Rusila, melibatkan motosikal yang ditunggangi oleh Iman Saujana dengan kereta.

 

Iman Saujana mengalami kecederaan yang serious serta koma beberapa lama akibat beberapa tulang tengkok dan bahagian belakang badannya patah.

Dengan ketabahan serta doa ibu, maka Iman Saujana pulih dan hanya boleh menyebut beberapa perkataan yang senang diingat olehnya.

Dengan kehadiran pemimpin yang disayangi, maka rasa terubatlah kepahitan hidup keluarga Iman Saujana dengan bantuan barangan serta wang tunai yang dihulurkan.

Tuan Haji Nik Dir juga berjanji akan membantu keluarga berkenaan untuk mendapatkan bantuan Jabatan kebajikan Masyarakat dengan kadar segera bagi meringankan beban hidup yang ditanggung, terutama untuk membiayai kos perubatan Iman Saujana.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...