Timbalan Ketua Penerangan PKR, Sim Tze Tzin berkata, SPRM sudah terbukti berat sebelah dan seringkali menyebelahi BN selain gangguan terhadap figura-figura tertentu menjelang pilihanraya.
Dia berkata demikian bagi mengulas penangkapan salah seorang pembantu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merupakan pegawai khas Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bersama-sama dua orang yang lain kerana merasuah seorang wanita agar wanita berkenaan menggugurkan tuduhan gangguan seksual yang melibatkan mereka.
Pegawai Khas Anwar Ibrahim itu merupakan penyokong tegar Anwar dan merupakan salah seorang bakal calon PKR pada PRU akan datang.
Adalah dipercayai, ketiga-tiga suspek ditahan di Seberang Perai. Laporan menyatakan, pegawai-pegawai SPRM yang menyamar, telah bertindak sebaik-baik sahaja wang tunai RM3000 diserahkan kepada seorang wanita yang sebelum ini telah membuat laporan polis berhubung gangguan seksual.
Nampaknya, PKR dan DAP sudah kembali menunjukkan belang mereka yang gemar benar membela penjenayah kerana faktor politik…
Dalam pada mereka begitu sibuk menyatakan, kononnya mereka menentang rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan, rupa-rupanya, merekalah pembela tegar kepada perbuatan-perbuatan berkenaan.
Dengan kata lain, CAKAP TARAK SERUPA BIKIN LA!!!