PENULIS nak maklumkan, cerita sebenar pihak Gereja mendesak untuk menggunakan nama Allah dalam Kitab Bible Melayunya, hanya bertujuan untuk nak menyesatkan umat Islam sahaja, tidak ada cerita lain.
Sengaja disebutkan kalau ada yang tak tahu atau buat-buat tak tahu demi menyelamatkan maruah Presiden PAS, Hadi Awang yang hebat dikecam orang sekarang ini.
Logiknya, takkan pihak ini bersusah payah nak adakan bible dalam bahasa Melayu sebab nak bagi orang cina baca pulak? Orang cina hari ini majoriti cakap Melayu pun tunggang langgang, Vietnam pun lagi fasih. Betul ke cina ni lebih mudah memahami agama Kristian kalau perkataan Allah digunakan dalam Bible?
Oleh yang demikian, teranglah sudah bahawa PAS bersetuju pihak Kristian menggunakan nama Allah di gereja ini, bukan atas alasan agama, tapi atas alasan kuasa dan wang.
Nikmat jadi Menteri Persekutuan (atau lebih tepat Timbalan Perdana Menteri) dan selepas itu boleh dapat banyak wang dan kemudahan, adalah satu-satunya alasan kenapa Hadi membenarkan penggunaan kalimah tersebut di gereja boleh memudahkan Kristian disebarkan di kalangan orang Islam, end of story.
Walaupun orang-orang disekelilingnya macam Setiausaha Agung, Timbalan Mursyidul Am, Ketua Penerangan, Ketua Dewan Ulama dan lain-lain membantah, tapi persetankanlah, bukan orang-orang ini boleh janji jawatan Timbalan Perdana Menteri pun, tapi undi Kristian dan Anwar Ibrahim boleh.
Hadi pun dah tau lama dah, kalau PAS bersendirian lawan UMNO, tanpa sokongan DAP dan PKR, 3 kali mati dan hidup semula pun, Hadi tak akan merasa jadi TPM, apatah lagi PM. Setakat Menteri Besari itu sahajalah.
Maka itu, perubahan Hadi dari seorang ulama radikal setaraf Ayatollah Khomeini awal 80-an dulu, kepada seekor anjing jinak hari ini, hanya membuktikan ketaksuban Hadi melampau kepada kenikmatan dunia yang sudah dibayangkan Anwar Ibrahim.
Dengan macai-macai di bawah yang buta tuli menyokong ini Hadi cakap hebat pasal syurga, pasal agama, tapi hakikat sebetulnya, nikmat dunia inilah yang dikejar Hadi.
1999-2004 dulu dia dah rasa nikmat jadi Menteri Besar selama 5 tahun, sekarang mesti mau ada peningkatanlah , jadi TPM pulak, bodyguard kiri kanan, naik jet kerajaan sana sini, dan lebih penting dipanggil YAB kemana sahaja pergi, bukan setakat dalam negeri Terengganu saja.
Inilah yang diidamkan Hadi. Biar Anwar jadi PM tak apa, asal dia dapat jadi TPM yang Anwar janjikan kalau sanggup berak atas perjuangan PAS zaman berzaman untuk memartabatkan ‘Islam sebenarnya’ di negara ini.
Hudud dah jalan ke longkang, kini nama Allah pulak Hadi nak kristiankan.
Penulis minat nak tanya dengan Hadi ni, berapa banyak wang dan kuasa Anwar janjikan pada kau? 1 billion, 2 billion? Nak berapa banyak duit, cakaplah. Nanti kita kumpul banyak-banyak sumbat dalam perut kau yang buncit tu.
Sumber:mykmunet