Rabu, 30 Januari 2013

Program Janji Ditepati Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia


Rusila 29/01/2013 - Sekolah Kebangsaan Rusila diantara sekolah yang terakhir Program Bantuan Awal Persekolahan RM100 diadakan daripada 16 buah sekolah diseluruh DUN Rhu Rendang. Kelewatan menganjurkan program ini adalah menggelakkan pertindihan program yang diatur bagi memudahkan ibu/bapa untuk menguruskan penerimaan bantuan bagi anak-anak mereka disekolah yang berasingan.

Pada hari ini bermula jam 2.30 petang, program yang diatur di sekolah ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibu/bapa dengan melibatkan 612 orang pelajar dari darjah 1 hingga darjah 6. 

Perasmian program telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.


Dalam ucapan ringkas, Tuan Haji Nik Dir menyarankan ibu/bapa agar terus memainkan peranan yang penting dalam membantu guru-guru mendidik serta melaksanakan sistem pembelajaran disekolah.


Ibu/bapa juga diingatkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional telah memperuntukkan kewangan yang cukup besar bagi membiayai 100% kelengkapan pembelajaran bagi anak-anak termasuk menyediakan guru-guru yang terlatih, bagi mendidik anak-anak ke menara gading.

Kerajaan Negeri Terengganu juga begitu cakna dari segi pendidikan, dimana ada diantara pemberian daripada kerajaan Negeri Terengganu tidak diperolehi di negeri-negeri lain di Malaysia ini.

Namun begitu masih ada lagi ibu/bapa yang tidak mengambil berat langsung tentang anak-anak disekolah, dengan melepaskan begitu saja tanpa mengambil tahu apa yang telah berlaku diperingkat sekolah.

Sikap negatif yang masih menular diantara ibu/bapa terhadap pemberian daripada Kerajaan perlu dihapuskan sama sekali demi untuk masa depan anak-anak.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook Rhu Rendang dan KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...