Memaparkan catatan dengan label Suara Perkasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suara Perkasa. Papar semua catatan

Isnin, 12 November 2012

SURVIVAL MELAYU ISLAM


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Survival orang Melayu dalam berdepan gejala pluralisme dan liberalisme bergantung kepada kekuatan dan perpaduan bangsa berkenaan untuk menolak pemikiran yang mengelirukan agama Islam.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, kesucian agama Islam perlu dipertahankan kerana serangan halus yang mempersoalkan ajaran sebenar agama suci itu datang dari pelbagai sudut termasuk dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam sendiri.

Menurut beliau, pemikiran yang mahukan hak kebebasan beragama diberikan kepada bangsa Melayu bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan malah merupakan agenda halus melemahkan akidah umat Islam di negara ini.

Rabu, 17 Oktober 2012

Perkasa Buat Ketetapan Sokong, Bantu UMNO, BN



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikrar akan bekerja keras membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendapatkan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Naib Presidennya, Datuk Zulkifli Nordin, berkata selaku badan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu, pihaknya akan berusaha keras membantu kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan semula majoriti 2/3 pada pilihan raya umum nanti.

Jumaat, 28 Oktober 2011

PERKASA BUKA RUANG SURVIVAL POLITIK ZULKIFLI NOORDIN



MESYUARAT Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang berlangsung pada Rabu sebulat suara melantik ahli politik kontroversi, Datuk Zulkifli Noordin sebagai salah seorang Naib Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.


Sesuai dengan ideologi dan prinsip iaitu untuk memperjuangkan Islam dan mempertahankan hak serta nasib orang Melayu, pemilihan Zulkifli dilihat tepat dengan dasar yang dilaungkan Perkasa.

Sabtu, 10 September 2011

PERKASA sanggup berkorban demi kelangsungan perjuangan bangsa, agama dan negara


SYABAS TOK HIM - INILAH DIA ANAK BANGSA YANG PATUT DIBANGGAKAN DEMI MENJAGA MARUAH AGAMA, BANGSA DAN NEGARA DARIPADA TERGADAI !!!.

PERKASA TERENGGANU - Buat pertama kalinya semenjak ditubuhkan pada 17 Dis 2010, Pertubuhan Pribumi PERKASA Negeri Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Agung nya pada hari ini 10 Sept 2011 di Perkarangan Rumah Pangsa Kg. Kolam, Kuala Terengganu. Presiden PERKASA YB Dato' Haji Ibrahim bin Ali berkesudian merasmikannya yang turut disertai Setiausaha Agung PERKASA YBhg. Tuan Syed Hassan Syed Ali.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...