Memaparkan catatan dengan label 1MDB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1MDB. Papar semua catatan

Sabtu, 16 Mac 2024

Jasmine Loo didoktrin untuk percaya Jho Low wakil Najib Razak

 


Jasmine Loo semalam mengakui beliau didoktrin agar mempercayai Jho Low merupakan wakil Najib Razak dalam urusan 1MDB.

Beliau menjawap soalan Tan Sri Shafee Abdullah semasa sesi soal balas dalam Mahkamah.

Apabila ditanya siapa individu yang mendoktrinkan beliau, Jasmine menyebut nama Shahrol. Jasmine juga mengaku pernah nampak Najib bertemu Jho Low tetapi beliau tidak tahu apakah perbualan antara mereka.



Jasmine dalam pada itu mengakui beliau sebenarnya dilantik sebagai Pengarah Pejabat CEO 1MDB dan bukannya “General Counsel’ atau ‘Group Legal Advisor’.

Ini bertentangan dengan laporan akhbar yang menyatakan Jasmine adalah ‘General Counsel’ bagi 1MDB.

Oleh kerana pengakuan tersebut, Shafee meminta Jasmine mengemukakan surat pelantikan beliau sebagai ‘Director of CEO’s Office’.

Apabila diasak Shafee, Jasmine akhirnya mengakui Najib tidak terlibat dalam urusan kewangan 1MDB.

Isnin, 29 Januari 2024

Selepas mengaku tidak bersalah di mahkamah, Daim berkata tidak peduli dengan nasibnya (Hilang Halatuju)

 


KUALA LUMPUR, 29 Jan — Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin hari ini menggelar perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'serigala berpakaian biri-biri'.

Dalam satu kenyataan, Daim berkata beliau telah keluar untuk menyokong Pakatan Harapan dan Anwar pada kemuncak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2018.

Namun, Daim kini mendakwa bahawa kejujuran, integriti dan tadbir urus yang baik telah keluar dari tingkap di bawah pentadbiran Anwar, memetik bagaimana institusi bebas telah dijadikan alat yang mudah untuk mengejar lawan politik.

Isnin, 19 Februari 2018

LIM KIT SIANG AKUI SKANDAL 1MDB TIDAK WUJUD


PENULIS sebelum ini telah memaparkan kegagalan rayuan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (PJ Utara), Tony Pua berhubung saman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadapnya.
Pua yang gagal menyekat saman Najib tersebut bakal berhadapan proses mahkamah setelah Najib berjaya mendapatkan "INTERIM INJUNKSI" menghalang Pua dari terus membuat tohmahan dan memfitnah Najib sementara proses saman fitnah Najib ke atasnya selesai.
Mengulas mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menulis di blog beliau; “Sebagai seorang Anggota Parlimen, saya terkejut dengan 'notis perundangan' itu. Bagaimanakah mahkamah boleh mengeluarkan 'notis perundangan' ke atas sesuatu yang tidak wujud?"
Dalam usaha membela Pengerusi DAP Selangor itu, pemimpin de facto DAP tersebut sebenarnya telah melakukan dua perkara;
(I) BELIAU MENGAKUI SKANDAL 1MDB TIDAK WUJUD
(II) BELIAU TELAH MENGHINA KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN DAN MAHKAMAH RAYUAN YANG TELAH MEMBERSIHKAN NAJIB DARI SEBARANG SALAHLAKU DAN/ATAU PENYELEWENGAN TERHADAP APA YANG DIDAKWA SEBAGAI "SKANDAL 1MDB".
Selain dari itu, Kit Siang juga menulis; “Saya mencabar Pengerusi PAC, Datuk Seri Hassan Arifin untuk mengisytiharkan bahawa PAC telah membersihkan Najib daripada semua dakwaan berkaitan skandal 1MDB."
Ternyata, bekas Setiausaha Politik kepada Lee Kuan Yew itu tidak berpuas hati selagi mahkamah atau Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) atau mana-mana pihak berkuasa tidak mensabitkan Najib dengan "skandal 1MDB."
Timbalan Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw (DAP) sebelum ini telah menyatakan bahawa Najib tidak terlibat samada secara langsung atau tidak atas "salahtadbir dan tatakelola 1MDB" setelah pelbagai siasatan dilakukan.
Malah, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) setelah dua tahun berlalu, masih gagal membuat sebarang pendakwaan jenayah ke atas mana-mana individu yang dikaitkan dengan "skandal 1MDB".
Ia sekaligus memberi gambaran bahawa usaha mereka cipta pelbagai bukti-bukti dan dokumen untuk dikaitkan dengan "skandal 1MDB" masih menemui jalan buntu.

Sumber: KLIK DISINI

Jumaat, 12 Februari 2016

Pemuda PAS Boleh Jumpa Arul Kanda Tapi Mukhriz Tidak Boleh?

Selain tidak peka, sebetulnya semua persoalan yang dibangkitkan Mukhriz Mahathir mengenai 1MDB kelmarin, sebenarnya boleh dijawab dengan lebih awal kalau dia meluangkan sedikit masa berjumpa dengan CEO 1MDB, Arul Kanda.

Tak perlu minta Majlis Raja-Raja campur tangan pun, benda senang, dia sendiri boleh tanya.

Perkara itupun (jumpa Arul Kanda) tak sepatutnya jadi masalah kerana ketika jadi Menteri Besar, memang Mukhriz balik KL setiap minggu, memandangkan keluarganya berada disini (KL).

Kenapa tak boleh luang masa sekejap?

Rabu, 9 Disember 2015

Datuk Seri Dr. Salleh Menteri Lantang Bersuara

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini malam tadi hanya membangkitkan isu-isu lama yang telah berlegar sejak setahun lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, para penceramah dalam majlis tersebut cuma mengulangi isu-isu yang telah diperjelaskan dan dijawab.

Menurut beliau, sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan isu derma RM2.6 bilion semalam manakala kenyataan tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah banyak kali dikeluarkan.

Jumaat, 21 Ogos 2015

RAKYAT DAH MUAK DENGAN PENJELASAN NAJIB

NASI DAH JADI BUBUR

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi tekanan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan daripada kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

Kali ini bekas Perdana Menteri itu memberi formula kepada pembangkang sekiranya mereka mahu melihat usaha menjatuhkan Najib menjadi kenyataan menerusi undi tidak percaya di Parlimen.

Bagaimanapun tegas Dr Mahathir, formula berkenaan hanya akan berhasil jika ia tidak menggugat penguasaan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan.

Isnin, 6 Julai 2015

WOW....JIJAH KIPAS SUKANYA NAJIB BERMASALAH

DAP, PKR Ajak MP, NGO Hadir Mesyuarat Tergempar 
PETALING JAYA: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat tergempar di Parlimen untuk mengukur keyakinan awam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak semua Ahli Parlimen (MP) termasuk wakil Barisan Nasional serta badan bukan kerajaan (NGO) menghadiri majlis pada Selasa itu.

Sabtu, 21 Februari 2015

Ahmad Husni, tolong diam kalau tidak faham isu 1MDB


KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah disifatkan masih tidak faham persoalan rakyat terhadap urus tadbir 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa amat tidak telus.

Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan berkata, selagi Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda mengelirukan rakyat dan memutarbelitkan fakta, selagi itu rakyat akan menganggap isu itu tidak selesai.

"Kenyataan Ahmad Husni hari ini amat bercanggah dengan kenyataan Arul baru-baru ini. Kini, Ahmad Husni kata dalam jangka panjang, 1MDB bakal menjana pendapatan kepada kerajaan seterusnya kepada rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...