PENULIS
sebelum ini telah memaparkan kegagalan rayuan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara
(PJ Utara), Tony Pua berhubung saman YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak terhadapnya.
Pua yang
gagal menyekat saman Najib tersebut bakal berhadapan proses mahkamah setelah
Najib berjaya mendapatkan "INTERIM INJUNKSI" menghalang Pua dari
terus membuat tohmahan dan memfitnah Najib sementara proses saman fitnah Najib
ke atasnya selesai.
Mengulas mengenai keputusan
Mahkamah Rayuan yang mengekalkan penghakiman Mahkamah Persekutuan tersebut,
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menulis di blog beliau; “Sebagai seorang Anggota
Parlimen, saya terkejut dengan 'notis perundangan' itu. Bagaimanakah mahkamah
boleh mengeluarkan 'notis perundangan' ke atas sesuatu yang tidak wujud?"
Dalam
usaha membela Pengerusi DAP Selangor itu, pemimpin de facto DAP tersebut
sebenarnya telah melakukan dua perkara;
(I)
BELIAU MENGAKUI SKANDAL 1MDB TIDAK WUJUD
(II)
BELIAU TELAH MENGHINA KEPUTUSAN MAHKAMAH PERSEKUTUAN DAN MAHKAMAH RAYUAN YANG
TELAH MEMBERSIHKAN NAJIB DARI SEBARANG SALAHLAKU DAN/ATAU PENYELEWENGAN
TERHADAP APA YANG DIDAKWA SEBAGAI "SKANDAL 1MDB".
Selain
dari itu, Kit Siang juga menulis; “Saya mencabar Pengerusi PAC, Datuk Seri
Hassan Arifin untuk mengisytiharkan bahawa PAC telah membersihkan Najib
daripada semua dakwaan berkaitan skandal 1MDB."
Ternyata,
bekas Setiausaha Politik kepada Lee Kuan Yew itu tidak berpuas hati selagi
mahkamah atau Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) atau mana-mana pihak berkuasa
tidak mensabitkan Najib dengan "skandal 1MDB."
Timbalan
Pengerusi PAC, Dr. Tan Seng Giaw (DAP) sebelum ini telah
menyatakan bahawa Najib tidak terlibat samada secara langsung atau
tidak atas "salahtadbir dan tatakelola 1MDB" setelah pelbagai
siasatan dilakukan.
Malah,
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) setelah dua tahun berlalu, masih gagal
membuat sebarang pendakwaan jenayah ke atas mana-mana individu yang dikaitkan
dengan "skandal 1MDB".
Ia
sekaligus memberi gambaran bahawa usaha mereka cipta
pelbagai bukti-bukti dan dokumen untuk dikaitkan dengan "skandal
1MDB" masih menemui jalan buntu.