Jumaat, 19 Januari 2018

PH PARTI MUNAFIK ???

ALLAH MEMBERI ANCAMAN SANGAT KERAS KARENA NIFAK MERUPAKAN SIFAT YANG SANGAT BERBAHAYA. DALAM PERIBAHASA, KAMU TENTU PERNAH MENDENGAR ISTILAH ”ULAR BERKEPALA DUA”, ”BERMUKA DUA” DAN ”LAIN DI MULUT LAIN DI HATI”.

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا

PAS sudah berkali-kali mengisytiharkan bahawa ia tetap akan bersaing menentang Umno dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU). Malah keadaan itu sesuatu yang lumrah bagi parti itu sejak mulai menyertai PRU 1955 – lawan Umno.

Bagaimanapun apabila melihat kebarangkalian PAS bekerjasama dengan Umno akan menyebabkan parti-parti lawan terutama Pakatan Harapan (PH) kalah teruk, perkara itu perlu digembar-gemburkan agar ia tidak menjadi kenyataan.

Malah mesej yang terselit dari ura-ura itu mempunyai serampang dua mata. Pertama, jika PAS terus memusuhi Umno, maka tentu ia tidak akan menjadi faktor ‘pemecah’ yang akan memenangkan Umno jika berlaku persaingan tiga penjuru. 

Kedua, PH masih menyandarkan harapan bahawa pada saat akhir PAS akan menarik diri atau memperlahankan kempen supaya ia (Amanah, PKR dan DAP) hanya berhadapan dengan Umno sahaja dalam PRU 14 kelak. Peluang PH lebih besar jika ini berlaku.

Bagaimanapun REAKSI PAS TERHADAP SERGAHAN PH ITU AGAK HAMBAR. Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang kelihatan lebih cenderung pada Umno dalam membuat pilihan di antara PH dan Umno.

Ini menggusarkan PH. Justeru jalan pintas untuk mengetahui kedudukan sebenar dalam meneka pilihan PAS ini, PH cuba “menekan” PAS supaya memberi isyarat lebih jelas – pilih PH atau Umno.

Namun reaksi PAS tetap sama. Ia akan menyebelahi mana-mana pihak yang BERSEDIA UNTUK BEKERJASAMA DENGANNYA MEMPERTAHANKAN KEPENTINGAN ISLAM dan umatnya di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. 

Justeru pilihan yang tinggal pada PH ialah menyebarkan tuduhan bahawa Umno dalam memujuk PAS supaya cenderung padanya ketika lemas diasak serangan dan fitnah PH, “menawarkan” supaya PAS terus berjaya mengekalkan kuasa di Kelantan. 

Di kawasan-kawasan undi negeri lain, PAS sebagai balasannya, akan “sengaja memecahkan undi” PH supaya ia dapat memenangkan calon-calon Umno. Dalam perkataan lain PH cuba  menghunjamkan dalam hati rakyat bahawa PAS dan Umno bekerjasama.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...