![]() |
| GAMBAR HIASAN |
KUALA
TERENGGANU – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(PPDNKK) Terengganu telah pun selesai menyiasat kes sebuah kedai makan di
Kemaman mengenakan harga RM32
bagi sepinggan nasi seorang pelanggannya, bulan lalu.
Pengarah PPDNKK Terengganu, Azlan
Abdul Samat berkata, hasil siasatan yang telah lengkap itu diserahkan kepada
pihak pendakwaraya minggu lepas untuk disemak sebelum tindakan seterusnya
diambil terhadap peniaga berkenaan.
“Sekarang kita tunggu keputusan
dari pihak pendakwaraya sama ada peniaga itu didakwa atau dikenakan kompaun,”
katanya kepada media selepas mengadakan operasi bersama media di Pasar Besar
Kedai Payang, di sini pagi tadi.
Kedai makan itu menjadi tular bulan lepas selepas seorang lelaki memuat naik
status di laman sosial Facebook tentang dirinya dicaj RM32 bagi sepinggan nasi
berlaukkan seekor udang galah, dua potong
sotong dan sayur
kangkung.
