Baru-baru ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat membuat satu kenyataan media yang menjelaskan bahawa parti pimpinannya sedia untuk bermuzakarah dengan UMNO, Majlis Fatwa Kebangsaan atau siapa saja berkenaan sesuatu yang melibatkan PAS.
Kenyataan itu dibuat oleh Nik Aziz ekoran kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa PAS sekian lama mempergunakan nama Islam demi kepentingan kuasa politik dan meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bermuzakarah bagi membincangkan kedudukan perkataan “Islam” yang ada pada nama parti itu.