NARATHIWAT: Sebutir roket buatan sendiri
jatuh di ruang tamu sebuah rumah di Kampung Gajah Mati, Bachok di sini tidak
lama selepas ia dilancarkan oleh pihak tidak dikenali di wilayah bergolak
selatan Thailand itu.
Ketua Polis
Daerah Bachok Kolonel Polis Patta Madawa berkata kejadian itu berlaku kira-kira
12.30 tengah malam Khamis tetapi polis hanya mula melakukan siasatan pagi
Jumaat.
Beliau
berkata unit pemusnah bom mengambil masa 10 minit untuk memindahkan keluar
roket buatan sendiri itu dari rumah berkenaan untuk dimusnahkan di sebuah
padang bola sepak berhampiran.
"Roket
buatan sendiri itu seberat 10kg turut diisi dengan bebola besi," katanya
kepada pemberita pada Jumaat.
