Memaparkan catatan dengan label Pemuda PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemuda PAS. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mei 2018

PEMUDA PAS PANTAU JANJI MANIFESTO PH


MARANG: Kestabilan politik kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS Kelantan dan Terengganu, menjadikan negeri itu lebih awal berlaku pembentukan kerajaannya.

Namun, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan Persekutuan yang baharu ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 ini.

Katanya, ucapan tahniah juga kepada kerajaan negeri lain yang selesai majlis angkat sumpah serta pelantikan Menteri Besar masing-masing.

"Alhamdulillah, negeri pertama yang selesai menubuhkan kerajaan baharu selepas PRU14 ini, Kelantan dan NEGERI PERTAMA YANG MEMBENTUK KABINETNYA TERENGGANU DAN KELANTAN.

"Ini menunjukkan kestabilan politik kerajaan di negeri yang kita (PAS) kuasai," ujarnya dalam satu Sidang Media Pemuda PAS Malaysia di Pejabat Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) di Masjid Rusila, di sini tadi.

Menurutnya, pada PRU14 lalu PAS mendapat undi popular seluruh negara yang jauh lebih banyak dari sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, mahukan kerajaan pusat pimpinan Pakatan Harapan (PH) menghormati Perlembagaan Negara. 

"Kita (PAS) mahu Pakatan Harapan (PH) yang mengambil-alih tampuk pemerintahan negara ini menghormati Perlembagaan Negara, yang meletakkan Islam sebagai agama (rasmi) negara. Raja-raja, hak-hak (keistimewaan) orang Melayu, bahasa Melayu, dalam masa yang sama menghormati bangsa dan kaum lain. 

"Kita mahu asas dalam Perlembagaan itu ialah semangat federalisma mestilah ditunai dan tidak diulang kesilapan lalu dibuat oleh Umno-Barisan Nasional dahulu," tegasnya. 

Dalam konteks ini, kata Muhammad Khalil, Pemuda PAS juga akan MEMANTAU JANJI-JANJI MANIFESTO PILIHAN RAYA PAKATAN HARAPAN.

Antaranya jelas beliau, hubungan Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri dalam isu mendapatkan hak royalti petroleum di Kelantan dan Terengganu.

"Dalam konteks ini, isu royalti (petroleum) bagi Kelantan dan Terengganu merupakan negeri yang mempunyai petroleum dan mestilah dihormati dengan apa yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negara. 

"Kerajaan Terengganu khususnya menuntut hak royalti yang ditarik balik ketika PAS memerintah Terengganu (1999-2004) oleh kerajaan Umno-BN," jelasnya yang ditemani Timbalan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin. -HARAKAHDAILY 13/5/2018


Jumaat, 12 Februari 2016

Pemuda PAS Boleh Jumpa Arul Kanda Tapi Mukhriz Tidak Boleh?

Selain tidak peka, sebetulnya semua persoalan yang dibangkitkan Mukhriz Mahathir mengenai 1MDB kelmarin, sebenarnya boleh dijawab dengan lebih awal kalau dia meluangkan sedikit masa berjumpa dengan CEO 1MDB, Arul Kanda.

Tak perlu minta Majlis Raja-Raja campur tangan pun, benda senang, dia sendiri boleh tanya.

Perkara itupun (jumpa Arul Kanda) tak sepatutnya jadi masalah kerana ketika jadi Menteri Besar, memang Mukhriz balik KL setiap minggu, memandangkan keluarganya berada disini (KL).

Kenapa tak boleh luang masa sekejap?

Khamis, 10 September 2015

KEBERTANGGUNGJAWABAN PEMUDA PAS HARUS DIPUJI

PERHIMPUNAN BAJU MERAH 16 SEPTEMBER DITERUSKAN

1. Perhimpunan Baju Merah pada 16hb September ini akan diteruskan. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Penganjur semalam diputuskan perhimpunan itu akan berakhir di Padang Merbok dari 9.30 pagi ke 6.30 petang. Ada beberapa tempat meeting points sebelum peserta bergerak ke Padang Merbok. Antaranya ialah Masjid Jamek, Masjid Al Bukhary di Pudu, LRT/Surau Bukit Bintang, DBKL dan Petaling Street. Selepas Zohor peserta akan bergerak bermula jam 2 petang daripada meeting points tersebut ke Padang Merbok.


2. Penganjur tidak akan membatalkan perhimpunan tersebut. Membatalkannya bermakna amalan demokrasi dicemari dan bertentangan dengan spirit Akta Perhimpunan Aman. Membatalkannya juga bermakna "double standard" telah berlaku. Iaitu BERSIH 4 boleh buat, tetapi RAKYAT BERSATU tidak boleh buat. Apatah lagi kalau BERSIH 4 boleh buat sampai dua hari kenapa RAKYAT Bersatu yang cuma buat setengah hari tidak boleh? Dan kalau BERSIH 4 boleh buat di Dataran Merdeka ketika Rakyat akan menyambut Hari Kebangsaan 2015 maka kenapa RAKYAT Bersatu tidak boleh buat sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 september?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...