Memaparkan catatan dengan label Perbicaraan Kes Liwat II. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perbicaraan Kes Liwat II. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Disember 2014

#PAU 2014 DAH SELESAI, TAPI #KETUM SG BULUH BILA LAGI ???


Penghakiman kes Anwar sedang disediakan - Ketua Hakim Negara

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan sedang menyiapkan penghakiman berhubung rayuan terakhir Penasihat PKR, Anwar Ibrahim untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun atas sabitan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, ketika dihubungi hari ini berkata beliau tidak dapat memberikan tarikh tepat kerana panel hakim masih menyiapkan penghakiman mereka.

"Saya tidak boleh memberitahu tarikh sebenar sehingga kami (hakim-hakim) melengkapkan penghakiman. Kami masih membaca penghujahan, biarlah kami membaca terlebih dahulu sebelum menulis penghakiman. Berilah kami ruang untuk menyediakannya," katanya ketika ditanya mengenai tarikh pengumuman keputusan kes rayuan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan.

Jumaat, 7 November 2014

ANWAR TAK MELIWAT TAPI SONDOL ADA ???

Perbuatan Liwat Tidak Pernah Berlaku...haaaaa.
PUTRAJAYA: Perbuatan liwat di antara penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak pernah berlaku, pihak pembelaan memberitahu Mahkamah Persekutuan pada Khamis.

Peguam utama Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata, ini disebabkan, satu permaidani sutera China di unit 11-5-1, di mana kejadian liwat yang didakwa berlaku, ditemui di unit kondominium yang lain, 11-5-2.

Beliau berkata, permaidani itu dirampas oleh pegawai polis forensik Supritendan Amidon Anan untuk profil DNA selepas dia pergi ke kondominium itu dengan pegawai penyiasat dan Mohd Saiful Bukhari untuk mengumpulkan eksibit.
Sri Ram berkata, Amidon, dalam testimoninya, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau hanya menjumpai rambut di unit 11-5-1.
"Pihak pendakwaan mendakwa permaidani itu dipindahkan. Tidak ada bukti bahwa permaidani itu dipindahkan. Permaidani tidak boleh dipindahkan ke unit yang lain. saya tidak percaya mengenai permaidani terbang - sumber," katanya, sehingga menyebabkan kalangan mereka yang berada dalam mahkamah yang sesak itu ketawa.


Rabu, 5 November 2014

Bodoh sangat kalau pimpinan pembangkang tidak tahu fakta kes !


KEMASKINI : Apa jua drama yang cuba diputar oleh pembangkang di luar bangunan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, satu fakta yang kekal sebagai fakta kes ialah dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari Azlan adalah satu kes jenayah.


Semua orang tahu pimpinan pembangkang seperti Tian Chua dari PKR tidak akan peduli apa yang sedang dibicarakan dalam mahkamah sebaliknya akan terus memekak ia sebagai kes politik yang dimainkan oleh kerajaan untuk 'paku' bos besar mereka.

Isnin, 3 November 2014

PENYOKONG BOSAN ATAU ELAUN TAK DIBAYAR ???


SOKONGAN HAMBAR PADA HARI KELIMA PENDENGARAN RAYUAN ANWAR

PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) -- Hari kelima pendengaran rayuan terakhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan suasana hambar dengan kehadiran kira-kira 30 orang (Sumber) untuk memberi sokongan kepada penasihat PKR itu di hadapan Istana Kehakiman di sini.
Tinjauan Bernama mendapati kira-kira 15 penyokong Anwar kelihatan membaca surah Yasin pada pukul 10 pagi di tepi bangunan Istana Kehakiman dengan dipantau anggota polis.

Ahad, 2 November 2014

PENGARAH BANK 'SPERMA' DILANTIK DI MALAYSIA ???

Tandatanya terus berlegar mengenai jangkaan bila keputusan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui.
Ini kerana ketika perbicaraan ditangguhkan tengahari Jumaat semua petanda menunjukkan besar kemungkinan ia akan meleret hingga ke hari Selasa.
Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria yang mengetuai penal lima hakim mengadili rayuan berkenaan telah melanjutkan perbicaraan ke hari Isnin.

Jumaat, 31 Oktober 2014

HUJAH LEMAH DAN ULANG TAYANG MENGUATKAN LAGI ANWAR KE SUNGAI BULOH ?


Konklusi hujah peguam-peguam Anwar Ibrahim pada hari kedua, lebih kepada mengulangi hujah-hujah mereka sebelum ini di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Padahal, hakim Mahkamah Rayuan sudah membuat penilaian dengan hujah-hujah mereka setebal 85 mukasurat.

Peguam-peguam Anwar Ibrahim mengulangi persoalan tentang dakwaan 'pencemaran dan degradasi (Sumber)' sampel calitan yang diambil daripada Saiful Bukhari. Mereka juga mempertikaikan sudut teknikal pengesahan DNA oleh pakar perubatan dan pakar Kimia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...