Rabu, 5 November 2014

Bodoh sangat kalau pimpinan pembangkang tidak tahu fakta kes !


KEMASKINI : Apa jua drama yang cuba diputar oleh pembangkang di luar bangunan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, satu fakta yang kekal sebagai fakta kes ialah dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari Azlan adalah satu kes jenayah.


Semua orang tahu pimpinan pembangkang seperti Tian Chua dari PKR tidak akan peduli apa yang sedang dibicarakan dalam mahkamah sebaliknya akan terus memekak ia sebagai kes politik yang dimainkan oleh kerajaan untuk 'paku' bos besar mereka.
Jadi apa nak hairan Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu ini cuba nak gertak kerajaan sewaktu berucap kepada sekitar 200 penyokong pembangkang yang berhimpun di luar mahkamah pagi Selasa.
Katanya gelombang Reformasi kedua akan dimulakan dengan demonstrasi besar-besaran di Dataran Merdeka pada Sabtu dan Ahad ini jika mahkamah itu mengekalkan keputusan Anwar bersalah.
Siapa boleh lupa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pernah satu masa dulu berkata mereka tidak akan benarkan Anwar masuk penjara walaupun sehari kerana kes liwat kedua ini.
Menarik juga kalau ada peluang untuk bertanya mereka apa agaknya drama jika katakan kes yang dibicarakan itu melibatkan adik, abang atau saudara terdekat masing-masing.
Mahukah mereka menuntut keadilan untuk si peliwat itu? Jawabnya lu fikirlah sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...