Selasa, 4 November 2014

Sekolah memandu tak peduli JPJ ?


KUALA LUMPUR: Kebanyakan sekolah dan institut memandu di negara ini didapati meletakkan caj untuk lesen memandu jauh lebih tinggi daripada harga siling yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak dua bulan lalu.

Malah, tanpa mempedulikan surat pekeliling yang dikeluarkan JPJ, sekolah memandu berkenaan juga menaikkan harga ke tahap yang begitu tinggi berbanding harga lama, iaitu sebelum harga siling diperkenalkan mulai 1 September lalu.

Tinjauan BH mendapati perbezaan harga ketara berlaku membabitkan lesen motosikal kelas B2 (bawah 250cc), yang mana harga siling ditetapkan JPJ ialah sebanyak RM350, sedangkan ada yang meletakkan harga sehingga RM700.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...