Sabtu, 15 November 2014

Umno Johor Komited Tawan Semua Kerusi Pada PRU-14, Terengganu bagaimana ?

JOHOR BAHARU: Umno Johor pada Jumaat menzahirkan komitmennya untuk berjuang dengan gigih bagi memastikan parti itu dan Barisan Nasional (BN) memenangi kesemua kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Saya dan Umno Johor nekad bersama-sama dengan rakan-rakan dalam BN dan akan berusaha dengan lebih gigih, bekerja dengan lebih keras, untuk memastikan Umno dan BN menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Insya-Allah," kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Konvensyen Umno Johor di sini, Jumaat.

Konvensyen dua hari itu yang dihadiri pemimpin dan anggota daripada 26 bahagian Umno di negeri ini, dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berkata Umno negeri yakin ia akan menjadi benteng paling kukuh bagi BN di Semenanjung Malaysia pada PRU14.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...