Siasat
petualang di sebalik dakwaan 'beli Datuk' serta pengusaha "ALI BABA"
Apa jadi dengan "PERWAJA KEMAMAN" ???
Kenyataan Ketua Penerangan PAS
Terengganu yang juga Adun Bukit Payong.
SAYA merujuk kepada berita yang disiarkan oleh
New York Times (NYT) 19 November 2014 lalu yang secara khusus membincangkan
perihal kepincangan yang berlaku dalam pengurusan kerajaan Negeri Terengganu
dalam hal melombong bijih besi di Bukit Besi Terengganu yang telah diberikan
hak kepada syarikat yang berasal dari China dan berpangkalan di Pahang CAA
Resources.
Dalam
laporan oleh Keith Bradsher itu, beliau menyentuh berkenaan isu industri ini
bakal dipenuhi dengan pekerja warga asing, cara mengelak dari dikenakan
pemeriksaan kesan ke atas alam sekitar dan dakwaan pembelian gelaran 'Datuk'
bagi memudahkan dia mendapatkan sumber asli negeri Terengganu melalui orang
politik dan istana.
Saya
menggesa agar dilakukan siasatan segera ke atas mereka yang terlibat dengan kelulusan
perlombongan ini.
Ketika
siasatan berjalan, kerajaan juga perlu 'merehatkan' sementara orang yang
disiasat agar tidak mengganggu siasatan.
Dakwaan
ini sekiranya benar, maka ternyata hak rakyat dicabul dengan sebegitu rakus
oleh golongan-golongan yang jahat dan busuk hati.
Sepatutnya
hak rakyat Terengganu mendapat pekerjaan di sana dalam peratusan yang besar,
wajib dijadikan syarat utama dalam pemberian kontrak ini kerana ianya adalah
hasil negeri Terengganu.
Begitu
juga dengan kesan kepada alam sekitar yang kita sedia maklum iaitu sebelum
perlombongan ini dimulakan, balak-balak sudahpun ditebang. Hal alam sekitar ini
juga mesti menjadi syarat utama pemberian hak kepada perlombongan ini.
Jika
tanah yang kurang dari 500 ekar yang sengaja dibahagi dua, maka ia secara
keseluruhannya menjadi 1,000 ekar yang mana wajib dia mendapat kelulusan alam
sekitar.
Ini
menunjukkan mereka dengan mudahnya memperlecehkan undang-undang kita.
Yang
terakhir, institusi istana sekali lagi cuba dicabuli oleh kumpulan yang tidak
bertanggungjawab bagi mencari keuntungan.
Dakwaan
pembelian sebanyak USD100,000 bagi mendapat gelaran Datuk adalah kisah yang
sangat jelas ingin mencemarkan nama baik istana.
Saya
mendesak SPRM mengadakan sisatan menyeluruh bagi membersihkan nama baik istana
dari fitnah-fitnah yang dilemparkan. Ataupun sekiranya ianya benar-benar
berlaku penjualan gelaran Datuk ini, maka SPRM perlu menangkap
petualang-petualang tersebut tanpa memilih pangkat bagi kita menyelamatkan
maruah institusi istana kita.
Oleh
itu jika semua dakwaan NYT ini adalah benar, maka saya menyeru kepada rakyat
Terengganu agar menyedari bahawa ada makhluk-makhluk bernafsu rakus sedang
melahap sumber kekayaan negeri Terengganu dengan jalan yang salah.
Bukit
Besi ini hasilnya dahulu kekayaannya diambil oleh tentera Jepun, kemudiannya
British pula membolotnya, hasil dari kelemahan kita berfikir. Tetapi adakah
sekarang kita ingin menyerahkan pula hasilnya kepada negara China? Apatah lagi
dengan cara yang salah?
Jika
ini terjadi, ternyata kerajaan BN Terengganu sekarang ini tersangat dungu
kerana terbaru sebelum ini, Terengganu telah dirampas hak royaltinya hasil dari
pengkhianatan Umno Terengganu, kemudian dikatakan Terengganu tidak memiliki
hasil petroleum oleh kumpulan mereka sendiri, menjadikan rakyat Terengganu
kedua termiskin sejak sekian lama dan pimpinan tertinggi kerajaan Terengganu
hanya diam seribu bahasa.
Justeru
rakyat perlu berperanan agar kerajaan yang bisu ini perlu diajar. - HARAKAHDAILY