RM10,000 tebus ‘anu’
Kuala
Lumpur: 'Tak bogel maka tak cinta.' Itulah kata-kata perangkap yang akhirnya
membuatkan seorang lelaki kini menyesal selepas menjadi mangsa ugutan seorang
wanita yang merakamkan gambar bogelnya.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai John Tan, 30, berkata,
dia mengenali suspek menerusi laman sosial Facebooknya sebelum mangsa
mengajaknya membuat panggilan video menggunakan laman Skype.
Menurutnya, wanita yang menggunakan nama Sabrina Leung
itu meminta bayaran RM10,000 dan mengugut akan memuat naik video mangsa ke
laman sosial untuk tontonan umum sekiranya gagal membayar wang berkenaan.
Tan berkata, pada mulanya tidak menghiraukan ugutan itu
namun terkejut apabila mendapati video aksi bogelnya sudah dimuat naik ke
Youtube.
Tan mengaku dia terpedaya disebabkan riak wajah wanita
itu yang cantik selain mempunyai tubuh badan menarik.