Yang tiada produktiviti perlu disingkirkan.
Pergerakan Puteri UMNO
akan menyusun semula 23 bironya untuk memantapkan kedudukannya bagi menghadapi
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata ketuanya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Katanya, jumlah biro juga akan dikecilkan menjadi 15 biro sahaja dengan
lebih memberi tumpuan kepada biro-biro berkaitan kepentingan anak muda seperti
latihan, penerangan, media baharu dan menarik keanggotaan baharu.
"Antara biro yang akan diberi penekanan selepas ini adalah keanggotaan
dan daftar pemilih, penerangan dan pemidato, latihan dan pengkaderan, media
sosial dan digital, ekonomi dan keusahawanan serta sukan, kebudayaan dan
warisan.
"Kita akan buat rombakan selepas tamat perhimpunan agung ini dan akan
memulakan gerak kerja yang dipecahkan kepada tiga fasa bermula pada tahun
depan," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat pergerakan itu di
PWTC Selasa.