WANITA China
yang memasuki Korea Selatan dan melakukan pembedahan plastik untuk mengubah
raut wajah menghadapi kesulitan untuk pulang ke negara mereka kerana tidak
melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.
Perkara itu berlaku kerana gambar pada pasport tidak lagi
menyerupai wajah pemiliknya ketika membuat pemeriksaan di lapangan terbang
sebelum dibenar meninggalkan Korea Selatan.
Rata-rata wanita China memasuki negara
tersebut dan mengubah wajah secara keseluruhan termasuk memutihkan kulit,
membesarkan kelopak mata supaya kelihatan lebih 'barat', membentuk semula
bibir, meninggikan hidung dan memanjangkan dagu.
Perubahan
secara 100 peratus pada wajah membuatkan wanita yang pulang ke China tidak lagi
dikenali serta mudah untuk menjadi model dan sebagainya.
Berikutan kesulitan yang dialami oleh ramai wanita China
di lapangan terbang, sesetengah hospital yang menjalankan pembedahan plastik
mengeluarkan sijil pengesahan perubahan yang dilakukan.
Hasil kejayaan hospital-hospital di Korea Selatan mengubah
wajah wanita, pembedahan plastik kini menjadi perniagaan utama dalam sektor
kecantikan di negara itu.
Kebanyakkan pelanggan mereka adalah dari China - wanita
yang ingin 'mencari' kehidupan lebih baik selepas pulang dengan raut wajah
jelita serta muda.