Rabu, 19 November 2014

'Perwakilan Umno jangan jadi KAKI BODEK'


KUALA LUMPUR - Perwakilan yang bakal mengambil bahagian dalam perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno (Pau) 2014 yang bermula Selasa depan perlu berani bersuara dan menegur sebarang kepincangan dalam parti. 
   
Mereka jangan sekadar memberi pujian melambung kepada pemimpin, kata beberapa penganalisis politik. 

Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, teguran membina itu penting untuk memastikan Umno yang merupakan parti keramat orang Melayu terus relevan, mantap dan benar-benar  mendasari keperluan masyarakat

Katanya, jurucakap perlu sedar bahawa mereka hadir ke perhimpunan tersebut untuk menyampaikan suara anggota parti di peringkat akar umbi amnya serta rakyat di seluruh negara khasnya dan bukan menjadi kaki "bodek"
    
"Berucaplah mengikut keadaan sebenar. Kadang kala ada jurucakap yang hanya puji pentadbiran tapi tak berani tegur kepincangan yang ada dan ini amat merugikan masa.
    
"Perlu diingat bahawa perhimpunan (Umno) ini amat penting sebagai persediaan parti untuk menghadapi PRU14 dan jangan jadikan ia pentas untuk raih populariti," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...