Akhirnya wujud kesepakatan untuk dua parti
politik Melayu UMNO dan PAS berkongsi pentas bincang hala tuju negeri di
Terengganu.
Langkah
yang jarang-jarang berlaku ini sempena program forum di Kuala Terengganu 19
November ini.
Forum
bertajuk 'Halatuju Pembangunan Terengganu: Cabaran dan Harapan' itu bakal
menampilkan dua orang panel masing-masing ADUN Air Puteh, Wan Abdul Hakim Wan
Mokhtar dari UMNO dan ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari
PAS.
Program
julung-julung kali diadakan ini adalah anjuran Grup Pemudah Komunikasi Multi-stakeholder Terengganu (Pemudah) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan
Negeri Terengganu.
Forum
ini akan diadakan di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Terengganu, Padang
Hiliran bermula jam 8.30 malam.
Pihak
penganjur dalam satu kenyataan, menjemput orang ramai untuk hadir bagi
mendengar sendiri cadangan dan agenda yang akan dibentangkan oleh kedua-dua
pihak yang mewakili parti masing-masing.-18/11/2014