Sejak dipilih sebagai Ahli Parlimen/DUN Marang, Hadi masih gagal untuk menunaikan tanggungjawab
sebagai Wakil Rakyat.
Apakah
halal elaun yang diterima oleh HADI selama ini ??????
MARANG - “Kami bersyukur dan
gembira kerana ada pihak yang sudi menyumbangkan kerusi roda untuk kegunaan Puteri Balqis. selepas ini dia lebih senang bergerak kerana sudah ada
kerusi roda baru,” kata Saad Mamat, 54.
Saad merupakan bapa kepada Puteri Balqis, 6, yang dilahirkan tanpa
kedua-dua kaki dan terpaksa mengesot
untuk bergerak di dalam rumah, namun sumbangan kerusi roda yang diterima kini
dapat memudahkan pergerakannya.
Menurut bapa 11 anak ini, bantuan kerusi roda yang diterima itu kelak dapat digunakan untuk membawa Balqis keluar bersiar-siar di luar.
Menurut bapa 11 anak ini, bantuan kerusi roda yang diterima itu kelak dapat digunakan untuk membawa Balqis keluar bersiar-siar di luar.
“Dia boleh bergerak sendiri tetapi terbatas, bergerak hanya
di dalam rumah. Dengan adanya bantuan kerusi roda berkuasa tinggi ini
ia akan dapat memudahkan kami bawanya keluar bersiar-siar dan sebagainya,”
katanya.
Saad berkata demikian selepas menerima bantuan itu yang
disampaikan Umno Bahagian Marang diketuai Timbalannya juga Pengerusi Penyelaras
Dun Rhu Rendang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku di Kampung Belubur, Rusila di sini.