Ahad, 9 November 2014

TIGA PELAJAR ILP GONG BADAK TERLEBIH ILMU MECIPTA ROKET ?

Gambar hiasan

Roket baham dua tangan


Kuala Terengganu: Tiga remaja parah, seorang daripadanya hancur dua tangan terkena letupan buatan sendiri di Kampung Padang Machang, Manir, di sini, pada 4.30 petang semalam.
Berikutan itu, tiga penuntut jurusan elektrik Institut Latihan Perindustrian (ILP), Gong Badak, dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, berkata sebelum kejadian, Khairul Shahiran Che Ibrahim, 19, Nazrin Che Mohamad, 20, dan Mohd Afiq Mohd Misran, 18, dikatakan memasukkan beberapa bahan ke dalam sebatang besi paip.

"Mereka dikatakan hendak mencipta roket dengan memasukkan bahan seperti arang, sulfur dan beberapa bahan bakar dan letupan lain bersamanya ke dalam besi berkenaan.
"Bagaimanapun, ketika proses memampatkan bahan berkenaan, secara tiba-tiba roket yang hendak dicipta mereka meletup menyebabkan ketiga-tiga penuntut terbabit mengalami kecederaan," katanya.
Beliau berkata, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.
Wan Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pondok polis HSNZ sebelum pentadbiran hospital mengesahkan kejadian itu, pada 5.20 petang.
"Maklumat awal diterima oleh pohak hospital kononnya tiga penuntut terbabit mendakwa terkena letupan daripada sebuah kotak yang dialih ketika sedang mengemas rumah nenek seorang daripada mangsa untuk disewa.
"Bagaimanapun siasatan awal polis mendapati letupan berkenaan dipercayai berpunca daripada besi yang padat dengan bahan letupan berkenaan," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...