Ahad, 30 November 2014

Maksud ‘Peremajaan’ Parti


Petikan dari Sumber: Maksud peremajaan itu bukan hanya tertakluk kepada usia tetapi lebih kepada pendekatan gaya, skil, kemahiran, kumpulan-kumpulan individu dan nilai-nilai untuk dikongsi bersama.

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Pengerusi Perhubungan UMNO Melak,a Datuk Seri Idris Haron, yang juga Ketua Menteri berkata, semua ahli UMNO harus ada satu definasi menyeluruh terhadap perkataan ‘peremajaan’ parti UMNO.
Jelas beliau, jika maksud perkataan tersebut difahami atas sifat usia maka individu tersebut berada dalam ruang lingkup yang sangat kecil.

Janganlah kita hadkan pemikiran kita kepada ruang lingkup sebegini. Kita kena faham bahawa maksud peremajaan itu bukan hanya tertakluk kepada usia tetapi lebih kepada pendekatan gaya, skil, kemahiran, kumpulan-kumpulan individu dan nilai-nilai untuk dikongsi bersama.
“Inilah sebenarnya semangat sebenar peremajaan parti. Kalau katakan UMNO dipimpin oleh orang muda sekalipun, tetapi nilai-nilainya masih tidak dikongsi, perlu diingat bahawa gagasan UMNO meletakkan Islam sebagai yang paling tinggi tidak akan tercapai,” katanya ketika ditemui selepas pertemuan tertutup bersama ahli Kelab UMNO Luar Negara (KULN) bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2014.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...