Isnin, 3 November 2014

PENYOKONG BOSAN ATAU ELAUN TAK DIBAYAR ???


SOKONGAN HAMBAR PADA HARI KELIMA PENDENGARAN RAYUAN ANWAR

PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) -- Hari kelima pendengaran rayuan terakhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan suasana hambar dengan kehadiran kira-kira 30 orang (Sumber) untuk memberi sokongan kepada penasihat PKR itu di hadapan Istana Kehakiman di sini.
Tinjauan Bernama mendapati kira-kira 15 penyokong Anwar kelihatan membaca surah Yasin pada pukul 10 pagi di tepi bangunan Istana Kehakiman dengan dipantau anggota polis.

Kekurangan kehadiran penyokong Anwar mungkin berpunca daripada keputusan Mahkamah Persekutuan melanjutkan tempoh prosiding rayuan kes itu yang dijangka selesai esok daripada tempoh yang ditetapkan sebelum ini iaitu, pada 28 dan 29 Okt.
Hari ini, pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan meneruskan hujah balas terhadap alasan rayuan pembelaan, yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 27.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...