Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPRM. Papar semua catatan

Rabu, 24 April 2024

Tuntutan palsu RM600,000, SPRM cekup anak MB Perlis

 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan anak menteri besar Perlis Mohd Shukri Ramli bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Anak pemimpin PAS itu ditahan bersama enam orang lagi, termasuk pegawai kanan pejabat Menteri Besar Perlis.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Kangar pagi tadi, kira-kira 24 jam selepas ditahan.

“Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.

“Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis,” katanya.

Sumber juga berkata suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan kemudahan asas.

Ia melibatkan kerja-kerja baik-pulih, penyelenggaraan serta perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Siasatan dibuat bawah Seksyen 18 Akta SPRM.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan tetapi tidak mengulas lanjut.

https://sengatdaily.com/tuntutan-palsu-rm600000-sprm-cekup-anak-mb-perlis/





Jumaat, 5 April 2024

JASMINE LOO AKUI TERIMA RM100 JUTA DARI JHO LOW

 

KUALA LUMPUR: Saksi penting kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo mengakui menerima RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sebagai hadiah walaupun selepas meninggalkan syarikat terbabit.

Loo yang meletak jawatan daripada 1MDB pada 2013, berkata beliau menerima wang berkenaan pada 2014 dan menyimpannya sebagai amanah, bagaimanapun berakhir sebagai benefisiari (penerima).

Disoal peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, apakah alasan Jho Low memberikan wang itu kepadanya atas kapasiti sebagai penasihat undang-undang 1MDB, Loo menjawab beliau memegangnya sebagai amanah.

Saksi itu kemudian mengakui bahawa ia kemudian berakhir sebagai benefisiari iaitu hadiah kepadanya

Khamis, 7 Mac 2024

Pegawai Imigresen ditahan bantu kemasukan warga asing secara haram

 


JOHOR BARU: Tiga pegawai Imigresen antara lima individu yang ditahan kerana cuba membantu kemasukan warga asing secara haram ke negara ini.

Difahamkan, kelima-lima suspek termasuk seorang wanita itu ditahan secara berasingan antara pukul 5 petang hingga 11 malam pada Selasa di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor dan sekitar kawasan Larkin.

"Sepasukan anggota dari bahagian integriti Imigresen Johor sedang menjalankan pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) apabila mengesan penglibatan pegawainya.

Rabu, 28 Februari 2024

Mahkamah Rayuan batalkan pembebasan Muhyiddin

 


Mahkamah Rayuan membatalkan pelepasan dan pembebasan Muhyiddin Yassin apabila mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.


Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hadhariah Syed Ali hari ini sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Ogos tahun lepas yang membenarkan bekas perdana menteri itu untuk mencabar pertuduhan berkenaan atas alasan ia tidak jelas dan cacat.

Panel hakim, yang turut dianggotai hakim Azmi Ariffin dan SM Komathy, membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula pertuduhan salah guna kuasa.

Bercakap bagi pihak panel rayuan, Hadhariah memutuskan bahawa pertuduhan adalah jelas dan tidak kabur.

Pada 15 Ogos tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pertuduhan salah guna kuasa adalah cacat dan tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.

Dia berkata pertuduhan itu tidak mendedahkan butir-butir yang mencukupi mengenai dakwaan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Khamis, 18 Januari 2024

SPRM Rakam Keterangan Isteri Dan Dua Anak Tun Abdul Daim Serta Dato’ Sri Ismail Sabri

 

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin mengesahkan telah memanggil Toh Puan Nai'mah binti Abdul Khalid, isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Tun Abdul Daim bin Zainuddin serta dua anaknya, Muhammad Amin Zainuddin bin Daim dan Muhammad Amir Zainuddin bin Daim di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan, hari ini.

Ketiga-tiga individu ini dipanggil memberi keterangan bagi memastikan beberapa perkara berhubung aset bernilai tinggi di dalam dan di luar negara yang berada di bawah nama syarikat kepunyaan mereka serta terkait dengan siasatan terhadap Tun Abdul Daim bin Zainuddin.

SPRM ingin menjelaskan bahawa satu Notis telah diserahkan kepada Tun Abdul Daim bin Zainuddin di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 pada 7 Jun 2023 manakala Notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 juga telah diserahkan kepada ahli keluarga beliau.

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada Kenyataan Media SPRM bertarikh 30 Disember 2023 yang lalu, siasatan terhadap Tun Abdul Daim bin Zainuddin ini telah bermula pada Februari 2023 berdasarkan pendedahan serta maklumat daripada Kertas Pandora. Siasatan terhadap aset milik Tun Abdul Daim bin Zainuddin ini juga masih terus berjalan.

Selain itu, SPRM juga ingin memaklumkan bahawa telah merakamkan keterangan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob bagi membantu siasatan berhubung penggunaan dana RM700 juta yang dibelanjakan untuk tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

PUTRAJAYA10 JANUARI 2024

https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=105&contentid=3105

Rabu, 17 Januari 2024

GEMPAR: KSN DISIASAT SPRM!

 


ADA YG BAKAL TERCIDUK! BETULKAH KSN TERLIBAT DLM PENGGULINGAN KRJN, LANGKAH DUBAI??

Anwar Bukan Sebarang Anwar.  Selepas memecat KPPA yang berjam tangan RM252K, sekali lagi Anwar membuktikan ketegasannya sebagai Perdana Menteri.


Sumber dalaman pejabat KSN mengesahkan  Zuki Ali kini disiasat SPRM berkenaan isu :

1. ZUKI & SKANDAL RM300 JUTA KELUARGA MALAYSIA.

Zuki dibawah arahan KSUS Nazimah telah mengarahkan kelulusan khas lebih RM300 juta wang kerajaan bagi membiayai promosi Keluarga Malaysia Ismail Sabri. Namun tidak adil menyiasat Zuki sahaja, bagaimana pula dgn TKSUK Datuk Solehudin yang berbini dua itu?. Datuk Armand, Datuk Syafiq, Dato Fahmi, Dato Ruhaidini? 

Khabarnya semasa siasatan SPRM, Ismail Sabri dan Nazimah cuci tangan dan menyalahkan KSN Zuki meluluskan wang itu atas nama kelulusan khas.

2. BANGLO MEWAH DI PUTRAJAYA.

Banglo mewah Zuki di Putrajaya merupakan hadiah daripada kontraktor tender kerajaan iaitu Dato' Tim. Isi rumah banglo itu diimport daripada London. English nice !

3. DUA PEGAWAI KHAS KSN

Pegawai khas Zuki gred M48 hidup mewah seperti Zuki. Memiliki beberapa buah rumah dan kereta mewah.

Zuki diketahui memiliki banyak tanah di KL, Putrajaya dan Sabah. Di Sabah, Zuki menjual tanah kepada tauke Cina. Zuki pernah dibawa di atas boat mewah di Kota Kinabalu. 

Serupa dilakukan oleh mantan KPPA Dr.Zulkapli dalam kes Jambatan Tambunan.

4. SKANDAL PEMERDAGANGAN MANUSIA DI KSM

Jika SPRM berjaya membuktikan Zuki dengan kes buruh asing dimana tender dimonopoli oleh Amin Bangla di KSM, maka Zuki berdepan penjara seumur hidup. KSM sengaja dibiarkan kosong tanpa KSU supaya Zuki boleh mengawal kesnya di KSM. Hal ini pernah disuarakan oleh CUEPACS dan pernah dipersoalkan oleh Pengerusi Biro Buruh DAP, A Sivanesan pada 10.02.2021.

5. SKANDAL LCS

Zuki juga dikaitkan dengan skandal kapal LCS. Zuki merupakan KSU KEMENTAH ketika isu tersebut berlaku. Zuki juga mendapat komisen malah pernah bercuti bersama kontraktor kapal LCS di luar negara. Gambar Zuki dan kontraktor tersebut boleh dicari di internet.

6. SKANDAL PROJEK STURGEON FELDA

Isu penyelewengan dana Felda melalui projek Ikan Sturgeon berjumlah RM47.6 juta pada tahun 2017, ketika Zuki Ali merupakan Jawatankuasa Tatatertib Felda. Kes ini pernah dibangkitkan oleh Nurul Izzah puteri DS-Anwar Ibrahim.

7. Dalam kes Langkah Dubai, TPM Zahid Hamidi mengetahui pegawai kanan kerajaan yang terlibat dalam cubaan mengulingkan Anwar.  Ternyata KSN dan mantan KPPA Dr Zulkapli terlibat!

Anwar takkan biarkan beliau dikhianati sekali lagi. Zuki boleh menganiaya Tun M, Muhyidin Yassin dan Ismail Sabri tetapi tidak kepada Anwar!

Staf Biasa PMO.

Putrajaya.

Isnin, 8 Januari 2024

SPRM: Pengerusi badan kebajikan ditahan kerana dakwaan palsu di Terengganu

 


KUALA TERENGGANU, 7 Jan — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan pengerusi sebuah pertubuhan kebajikan kerana didakwa mengemukakan tuntutan palsu RM5,000 untuk program bantuan persekolahan yang tidak wujud di Terengganu.

Sumber berkata, suspek, seorang wanita berusia 40-an, telah mengemukakan tuntutan kepada sebuah syarikat berkaitan kerajaan, kononnya untuk bantuan yang diagihkan kepada 11 pelajar di bawah program Back To School.

“Bagaimanapun, bantuan kononnya tidak pernah diterima oleh 100 pelajar asnaf yang disenaraikan dan program Back To School tidak pernah diadakan,” kata sumber.

Suspek ditahan tengah hari ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.

Sumber berkata, suspek akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu esok.

Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. — Bernama

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/07/macc-welfare-body-chairman-nabbed-over-false-claims-in-terengganu/111139

Selasa, 2 Januari 2024

SPRM akan panggil bekas PM, 2 pembantu

 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil seorang bekas perdana menteri dan dua pembantu dalam siasatan ke atas tiga kes berasingan dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dana.

Sumber memberitahu FMT, dua pembantu itu pernah berkhidmat untuk dua perdana menteri.

Satu siasatan akan memfokuskan kekayaan didakwa dikumpul isteri dan anak seorang bekas pegawai tertinggi, manakala siasatan kedua dikaitkan dengan sebuah syarikat petroleum dan ketiga berkaitan wang dibelanjakan untuk tujuan pengiklanan.

“Tiga individu ini akan dipanggil dalam minggu ini,” kata sumber itu.

null

Terdahulu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang Ahli Parlimen dari sebuah negeri Pantai Timur dan orang kanannya mungkin dipanggil SPRM bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 serta Akta SPRM 2009.

Akhbar itu turut melaporkan seorang daripada individu itu didakwa memberikan projek membabitkan dana awam kepada individu tertentu ketika beliau memimpin negara.

Siasatan ke atas tiga individu itu menyusul siasatan SPRM terhadap bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin.

Daim sedang disiasat atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang, serta Menara Ilham 60 tingkat di Kuala Lumpur, yang dilaporkan dimiliki beliau dan keluarganya, sudah disita berhubung siasatan itu.

Daim menafikan sebarang salah laku atau rasuah dan membidas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim serta SPRM menyiasat dirinya dan keluarga.-FMT

https://media-perpaduan.com/2024/01/01/sprm-akan-panggil-bekas-pm-2-pembantu/?fbclid=IwAR1dyO1BuNzs2DK63EQuI-x65-KhxJlZn1pDKJeClpWMWVZpBHYeB3-n7cw


Sabtu, 23 Disember 2023

DAIM DISIASAT DAKWAAN RASUAH, PENGUBAHAN WANG HARAM

 


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki mengesahkan Daim Zainuddin sedang disiasat kerana dipercayai terlibat rasuah dan penggubahan wang, susulan sitaan sebuah bangunan baru-baru ini.

Menurut The Star, Azam bagaimanapun enggan mengulas lanjut perincian kes siasatan terhadap bekas menteri kewangan itu.

Azam juga dilaporkan turut memberi jaminan tindakan agensi berkenaan tidak akan menjejaskan operasi dan urusan di bangunan tersebut.

“Apabila kami menyiasat dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dan melibatkan harta tak alih, kami dibenarkan di bawah Akta SPRM menghantar permohonan sitaan kepada timbalan pendakwa raya.

“Itulah apa yang berlaku. Kami menggunakan kuasa diperuntuk kepada timbalan pendakwa raya untuk mengarahkan pejabat tanah meletakkan kaveat terhadap tanah berkenaan,” katanya.

Azam berkata, proses sama telah dilakukan SPRM sejak sekian lama ketika proses siasatan dilaksanakan, sambil menekankan sitaan Menara Ilham “bukan satu-satunya kes”.

The Star yang juga memetik sumber sebagai berkata, beberapa aset milik Daim dan keluarganya juga mungkin disita SPRM, susulan dipercayai kegagalannya menjelaskan sumber dana bagi pembelian hartanah.

“Ini (lebih banyak sitaan) ada kemungkinan. Jika ada keperluan untuk aset disita, pegawai penyiasat akan meneruskan permohonan sitaan,” kata sumber itu.

Pada Rabu, dilaporkan SPRM menyita Menara Ilham mengikut Seksyen 38(1) Akta SPRM, yang membenarkan sitaan harta tak alih.

Sumber memberitahu FMT, berkata sitaan dibuat sementara menunggu siasatan yang tidak didedahkan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini menafikan ada muslihat di sebalik sitaan bangunan tersebut, sambil menyatakan ia bukti agensi antirasuah itu akan menyiasat sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang dan kedudukan.

https://sengatdaily.com/azam-daim-disiasat-dakwaan-rasuah-penggubahan-wang/

Jumaat, 6 Januari 2023

PROJEK KERAJAAN: CEO SYARIKAT SWASTA DITAHAN JADI ORANG TENGAH DANA RM92.5 BILION

 

Suspek ditahan ketika hadir memberikan keterangan berhubung siasatan kes itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya pada Khamis. - Foto SPRM

PUTRAJAYA: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta ditahan reman lima hari sehingga Selasa depan kerana disyaki menjadi orang tengah bagi pengagihan projek-projek kerajaan di bawah PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI, MELIBATKAN DANA RM92.5 BILION.

Perintah reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini, pada Jumaat.

Menurut sumber, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes itu di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini malam Khamis.

SPRM sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan yang difokuskan kepada dana kerajaan berjumlah RM92.5 BILION DI BAWAH PROGRAM RANGSANGAN DAN PEMULIHAN EKONOMI.

Sumber itu berkata, SPRM membuka beberapa kertas siasatan terhadap sekurang-kurangnya lima individu yang dipercayai menjadi dalang kepada beberapa syarikat untuk memperolehi projek-projek bernilai antara RM50 juta dan RM500 juta secara runding terus.

“Hampir 90 peratus daripada projek yang diberikan adalah secara rundingan terus dan masih belum dilaksanakan kerana TIADA PENGELUARAN SURAT SETUJU TERIMA LAGI.

"Justeru, SPRM akan memfokuskan kepada siasatan terhadap baki 10 peratus projek yang sedang berjalan membabitkan perkembangan projek antara 10 peratus hingga 20 peratus," katanya, di sini, pada Jumaat.

Menurut sumber lagi, suspek yang ditahan itu dipercayai telah menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor-kontraktor dan pihak atasan.

Berdasarkan keterangan beberapa kontraktor yang disoal siasat, mereka MENGAKU MEMBAYAR KOMISYEN SEBANYAK TIGA HINGGA LIMA PERATUS.

Menurut sumber, WANG ITU DIMASUKKAN KE DALAM AKAUN SEBUAH PARTI POLITIK KONONNYA UNTUK TUJUAN PEMBIAYAAN POLITIK.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi di sini, pada Jumaat mengesahkan penahanan tersebut.

Kes itu katanya, disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

UNTUK RUJUKAN KLIK DISINI

Khamis, 28 Februari 2019

DARI FAIL SPRM: GUAN ENG TELAH MENERIMA SOGOKAN 10% TETAPI PEGUAM NEGARA TELAH MENGKUBURKAN KES


MALAYSIA TODAY AKAN MENDEDAHKANNYA satu per satu dokumen kes ini dalam masa beberapa hari lagi untuk membuktikan KERJASAMA JENAYAH antara Peguam Negara, SPRM dan pemimpin Pakatan Harapan yang menyembunyikan rasuah BERKAITAN DENGAN TEROWONG BAWAH LAUT dan bukan itu sahaja, mereka juga menyembunyikan jumlah sogokan yang Guan Eng dan beberapa pemimpin dari Pakatan Harapan telah terima. Tunggu sahaja dari kami di Malaysia Today.

ZARUL AHMAD MOHD ZULKIFLI memberitahu SPRM bahawa dia telah merasuah Lim Guan Eng sebanyak 10% dari kos projek tersebut

Zarul telah ditahan pada 9 Januari 2018 dan laporannya telah direkod pada 12 Januari 2018

Siasatan itu telah pun diselesaikan oleh SPRM pada April 2018, tetapi SEBELUM SEMPAT MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN KERAJAAN TELAH PUN BERTUKAR dan Tommy Thomas telah dilantik untuk menjadi Peguam Negara yang baru.
TOMMY THOMAS TELAH MENGARAHKAN SPRM UNTUK MENUTUPKAN KES tersebut dan menandakannya sebagai NFA (NO FURTHER ACTION)
Malaysia Today akan mendedahkannya satu per satu dokumen kes ini dalam masa beberapa hari lagi untuk membuktikan kerjasama jenayah antara Peguam Negara, SPRM dan pemimpin Pakatan Harapan yang menyembunyikan rasuah berkaitan dengan terowong bawah laut dan bukan itu sahaja, mereka juga MENYEMBUNYIKAN jumlah sogokan yang Guan Eng dan BEBERAPA PEMIMPIN DARI PAKATAN HARAPAN TELAH TERIMA. Tunggu sahaja dari kami di Malaysia Today.

Fail dari SPRM yang lebih kurang 200 muka surat ini akan menhancurkan Lim Guan Eng, DAP dan Pakatan Harapan

Rujukan: https://www.malaysia-today.net/2019/02/24/__trashed-35/

Ahad, 24 Februari 2019

#ISU 90 JUTA: KETUA PESURUHJAYA SPRM LETAK JAWATAN ???


KUALA TERENGGANU – SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) MENGESAHKAN TIADA SEBARANG TRANSAKSI DANA RM90 JUTA DARI 1MDB DISALURKAN KE AKAUN BANK RASMI PAS setakat ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull ketika mengesahkan perkara itu berkata, siasatan SPRM memang TIDAK MENEMUI SEBARANG BUKTI RM90 yang dikatakan dana 1MDB masuk ke dalam akaun parti itu.
“Siasatan SPRM setakat ini memang tak ada dana RM90 juta yang dikatakan duit 1MDB dimasukkan ke dalam akaun (bank) Pas,” katanya memetik laporan MalaysiaKini.
Mohd Shukri berkata demikian ketika ditanya wartawan selepas menghadiri Majlis Ikrar Bebas Rasuah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Baru-baru ini Shukri berkata, beliau tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi berhubung siasatan mengenai dakwaan tersebut sambil menegaskan siapa pun yang terlibat akan dipanggil bagi membantu siasatan.
Antara saksi yang dipanggil membantu siasatan adalah anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, bekas PENGERUSI BERSIH, S AMBIGA dan PENGERUSI PAKATAN HARAPAN KELANTAN, HUSAM MUSA.
Artikel oleh Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN). – MalaysiaGazette

Khamis, 3 Ogos 2017

PEMIMPIN BERSATU PUN KAKI SAPU ???

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan bahawa bekas pembantu pengerusi Felda yang ditahan berkaitan dengan siasatan rasuah adalah pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Mahathir, yang juga pengerusi BERSATU, berkata parti itu akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi kepentingan individu berkenaan.
Bekas Perdana Menteri itu juga percaya bahawa individu tersebut tidak terlibat dalam sebarang amalan rasuah.
“Kita akan ambil tindakan untuk jaga kepentingan dia kerana kita tak percaya dia terlibat.
“Dia bersama dengan bekas pengerusi itu sekian lama tapi dia berhenti sebab tidak puas hati,” katanya kepada pemberita di luar Istana Negara di Kuala Lumpur petang tadi.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad mendedahkan bahawa bekas pembantu itu ditangkap berhubung pembelian sebuah hotel mewah oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.
Walaupun Dzulkifli tidak menyebut sebarang nama, adalah dipercayai bahawa orang yang ditangkap itu adalah bekas pembantu kepada Tan Isa Abdul Samad, yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi Felda pada 19 Jun lalu.
SPRM telah memperoleh perintah reman selama lima hari terhadap suspek untuk siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Jumaat, 16 Jun 2017

ISA SAMAD PERLU LETAK JAWATAN ATAU DIPECAH ???

Task Force Felda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pertubuhan Peneroka Rakyat Malaysia (PPRM) hari ini mendesak supaya Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Isa samad dipecat bagi menyelesaikan kemelut syarikat yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.
Satu memorandum desakan itu diserahkan kepada Isa melalui Pengurus Besar Perhubungan Awam FGV Ariff Ahmad Yeop di Menara Felda di Kuala Lumpur tengah hari tadi.
Pengerusi Task Force Felda Bersatu Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil berkata FGV mengalami kerugian kira-kira RM13.4 bilion sejak 2012 dan itu sudah cukup untuk memaksa Isa mengundur diri kerana gagal menguruskan FGV dan Felda dengan baik.
“Jika Isa masih enggan meletakkan jawatan, kami akan mendesak Perdana Menteri Najib Razak supaya memecatnya secara serta-merta,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Rabu, 9 Disember 2015

Datuk Seri Dr. Salleh Menteri Lantang Bersuara

KUALA LUMPUR 8 Dis. - Majlis Bersama Timbalan Presiden UMNO di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini malam tadi hanya membangkitkan isu-isu lama yang telah berlegar sejak setahun lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, para penceramah dalam majlis tersebut cuma mengulangi isu-isu yang telah diperjelaskan dan dijawab.

Menurut beliau, sebagai contoh, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan isu derma RM2.6 bilion semalam manakala kenyataan tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah banyak kali dikeluarkan.

Rabu, 1 Julai 2015

WARGA BANGLADESH PUN TAHU, PENGUATKUASA CAMERON HIGHLANDS KAKI RASUAH


IPOH 1 Julai - Seorang tauke ladang dari Cameron Highlands menyerah diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak di Meru Raya dekat sini pagi ini bagi membantu siasatan kerana disyaki memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa.


Ini menjadikan keseluruhan tauke ladang yang ditahan kerana disyaki rasuah dalam Ops Sejuk yang dilancarkan SPRM sejak semalam meningkat kepada 20 orang setakat ini. - UTUSAN ONLINE

Jumaat, 12 Disember 2014

PRESIDEN CUEPACS DAH HILANG AKAL ???

Tukar dalam tempoh lima tahun tidak praktikal
 
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Cadangan menempatkan anggota agensi penguat kuasa tidak melebihi lima tahun di satu-satu kawasan dilihat tidak praktikal dalam menangani gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, langkah tersebut hanya akan membebankan pegawai dan anggota penguat kuasa kerana mereka terpaksa berhadapan pelbagai masalah lain seperti tempat tinggal, logistik dan sebagainya.
Rasuah bukan berpunca daripada jabatan atau agensi penguat kuasa tetapi lebih menjurus kepada integriti seseorang pegawai atau anggota itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...